≡ Menu

Al-Quran Menjawab Persoalan Orang Barat!! Semoga Mereka Diberi Hidayah


Umum tahu bahawa Barat sangat membenci Al-Quran yang mana menjadi pegangan kepada umat Islam di seluruh dunia. Ia dikatakan senaskah buku yang direka oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk memperdayakan umat manusia.

Namun dalam keegoan mereka untuk mengiktiraf Al-Quran sebagai wahyu dari ilahi, terdapat ramai juga cendekiawan barat bersetuju bahawa kitab ini adalah benar. iluminasi.com ingin berkongsi 5 pendapat cendekiawan barat mengenai kitab suci ini.

1. Dr. Maurice Bucaille

Siapa beliau : Penulis dan ahli Persatuan Perancis dalam Ilmu Pengetahuan Mesir

“Pemeriksaan yang sangat objektif terhadap Al-Quran berdasarkan pengetahuan moden membawa kita untuk mengiktiraf perjanjian di antara kedua-duanya, sepertimana yang disebutkan berulang kali. Ia membuatkan kita beranggapan bahawa tidak mungkin bagi seseorang yang wujud pada zaman Muhammad untuk mengarangnya, berdasarkan pengetahuan pada zaman itu.

Pertimbangan ini meletakkan wahyu dalam Al-Quran di tempat yang unik, dan memaksa para saintis yang tidak mempercayainya untuk mengakui ketidakmampuan mereka dan kegagalan penjelasan semata-mata berdasarkan pertimbangan materalistik.

2. Johann Wolfgang von Goethe

Siapa beliau : Penulis dan negarawan Jerman

Walau sejijik mana pun setiap kali kita padanya (Al-Quran), ia kemudiannya perlahan-lahan menjadi menarik, mengejutkan dan akhirnya menguatkan rasa hormat kita terhadapnya. Gayanya selaras dengan kandungannya dan matlamatnya amat tegas, besar dan begitu indah.

Disebabkan itu, buku ini akan terus menjadi pegangan kepada semua lapisan umur dan menjadi pengaruh paling kuat.

BACA:  Makan Sotong Bersama Dakwatnya Sekali. Halal Atau Haram??

3. Professor Emeritus Dr. T.V.N. (Vid) Persaud

Siapa beliau :
1. Profesor Anatomi 
2. Profesor Pediaktrik dan Kesihatan Kanak-Kanak 
3. Profesor Obstetrik, Ginekologi dan Sains Reproduktif di Universiti Manitoba, Kanada 

“Cara yang dijelaskan kepada saya adalah Muhammad S.A.W adalah seorang yang biasa. Baginda tak tahu membaca dan menulis. Malah, baginda seorang yang buta huruf. Dan kita sedang berbincang mengenai 1,400 tahun yang lalu.

Anda mempunyai seorang yang buta huruf membuat pengumuman dan pernyataan yang sangat mendalam dan luar biasa, yang mana sangat tepat mengenai perkara saintifik. Secara peribadi saya tidak melihat perkara ini hanya sebagai satu peluang semata-mata kerana terdapat terlalu banyak ketepatan dalam dakwaan baginda.

Dan seperti Dr. Moore, saya tidak mempunyai kesukaran untuk memproses bahawa ia merupakan inspirasi ilahi dan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad.

4. George Margoliouth

Siapa beliau:
1. Penulis British
2. Pendita Kristian Holy Trinity
3. Mubaligh Misi Parochial kepada orang Yahudi

Al-Quran diakui mempunyai kedudukan yang sangat penting di kalangan buku-buku agama terulung di dunia. Ia telah menghasilkan fasa pemikiran baru kepada manusia dan karakter-karakter yang segar.

Ia pada awalnya telah mengubah beberapa suku-suku padang pasir di semenanjung Arab kepada sebuah negara pahlawan, dan kemudiannya terus menghasilkan organisasi politik agama yang sangat luas yang dipimpin oleh Muhammad. Ia merupakan satu kuasa yang sangat besar yang mana dunia Eropah dan Timur pada hari ini harus mengiktirafnya.

BACA:  5 Sebab Kenapa Lelaki Sangat Beruntung Jika Mempunyai Isteri Yang Kaki Buku

5. Dr. William Hay

Siapa beliau :
1. Saintis marin terkenal
2. Profesor Sains Geologi di Universiti Colorado
3. Bekas Dekan di Rosenstiel School of Marine and Atmospheric Science, Amerika Syarikat

Selepas perbincangan dengan Profesor Hay tentang perkara yang disebutkan dalam Al-Quran mengenai penemuan fakta-fakta terbaru yang ditemui di lautan, beliau berkata : “Saya sangat teruja kerana maklumat seperti ini ada dalam kitab kuno Al-Quran ini. Saya tak tahu dari mana ia datang, tapi saya sangat tertarik dengan wujudnya Al-Quran dan kerja-kerja (kajian lautan) ini bakal merungkai segalanya, yakni maksud bagi beberapa petikan dalam Al-Quran.

Dan apabila ditanya mengenai sumber Al-Quran, beliau menjawab “Saya rasa ia mesti melalui wahyu,”.

Maklumat yang dimaksudkan oleh Profesor Hay adalah ayat 19 dan 20 dalam surah Ar-Rahman :

Ayat 19 : Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.

Ayat 20 : Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.

 

sumber: iluminasi

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!