≡ Menu

“Aku Berimpi Roh Ayahmu Tenang Disana, Apa Yang Engkau Lakukan?” Hebatnya Amalan Pemuda Terhadap Ayahnya


Muhasabah diri
Hadiahkan ayat2 Al Quran kepada orang yang telah kembali ke alam sana.

Kisah yang diceritakan oleh seorang hamba ALLAH tentang mimpi seorang wali di pekuburan. Di dalam mimpi, wali itu melihat roh ahli-ahli kubur sedang mengais-ngais rumput seperti mencari sesuatu.

Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yang sudah berusia tua duduk istirehat di atas kuburnya sendiri. Beliau memutuskan untuk bertanya kepada roh orang tua tersebut.

Wali:
“Pak cik, kenapa pakcik sedang duduk istirehat dengan tenang, sedangkan ramai ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?”

Roh orang tua:
“Jikalau kau mau tahu jawapannya,
esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yang masih muda di situ. Penjual daging itu adalah anakku sendiri.”

Wali tersebut lalu beranjak dari situ dan terjaga dari mimpinya.

Keesokan harinya, wali itu mencari penjual daging yang masih muda tersebut di pasar. Setelah ketemu beliau hanya memerhatikan dari jauh kelakuan penjual daging tersebut.

Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Quran. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk menjumpai pemuda tersebut.

Wali:
“Assalammualaikum anak muda, saya ada beberapa pertanyaan untuk anak muda.”

Penjual daging:
“Waalaikumsalam, ya boleh. Apakah pertanyaan itu?”

Wali:
“Adakah kamu mempunyai seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang di kubur di kampung ini?”

BACA:  Wanita New Zealand Tegur Pakaian Pramugari Malaysia Seksi

Penjual daging:
“Ya ada. Itu adalah ayahku.”

Wali:
“Aku ada melihat roh ayahmu dalam mimpiku. Beliau tenang di sana. Apa yang kau lakukan untuk ayahmu wahai anak muda?”

Penjual daging:
“Aku membaca Al Quran dan aku berdoa kepada Allah. Jika bacaanku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkannya untuk ayahku.”

Iktibar dari kisah ini
Kenapa roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?

Jawapannya,
Mereka sedang mencari percikan-percikan doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz:
“Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat“.

Mengapa roh orang tua itu hanya duduk istirehat, adalah kerana doa anaknya yang selalu dikhususkan untuknya.

Pesan:
Perbanyaklah berdoa untuk kedua-dia orang tua dan saudara kita yang sudah tiada untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutama anak laki-laki yang mana syurganya di bawah redha ibunya.

Kemudian laksanakan 7 sunnah Nabi Muhammad SAW:

1. Solat Tahajjud
Kerana kemuliaan seorang Mukmin terletak pada solat tahajjudnya. Doanya pasti akan mudah terkabul dan membuat kita semakin dekat dengan Allah SWT.

2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, kita membaca Al Quran terlebih dahulu dengan penuh penahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul, atau ayat Qursi.

BACA:  Halusinasi Menurut Perspektif Islam.

3. Pergilah ke masjid (Khususnya di waktu subuh)
Sebelum melangkahkan kaki ke manapun, langkahkan kaki ke masjid dahulu, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT.

4. Jaga sholat Dhuha
Kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
Yakinlah, kekuatan solat Dhuha sangat dashyat dalam mendatangkan rezeki.

5. Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat-lipat ganda.

6. Selalu jaga wuduk
Kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwuduk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib: “Orang yang selalu berwuduk, dia akan sentiasa berasa selalu dalam keadaan solat walaupun dia belum solat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa iaitu ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT.”

7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar, masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI SEMUA DARI SIKSA KUBUR, HARAMKANLAH NERAKA ATAS JASADKU, KEDUA-DUA ORANGTUAKU, DAN SEMUA ORANG YANG IKHLAS MEMBERIKAN PENGETAHUAN ISLAMI INI.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!