≡ Menu

9 Tips Membeli Barangan Mandi Bayi Untuk Mengelakkan Masalah Kulit!


Kulit merupakan organ terbesar pada tubuh manusia. Ia bertindak sebagai pelindung utama daripada sebarang gangguan luaran. Dalam usaha menjaga kesihatan kulit bayi yang masih kecil, anda perlu pandai memilih produk penjagaan dirinya. Pastikan ia selamat dan sentiasa semak kandungan bahan yang digunakan dalam produk berkenaan. Seharusnya, produk berkenaan adalah bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Sistem badan bayi yang masih kecil belum matang dan mudah sensitif. Oleh sebab itu, dia mudah terdedah kepada risiko ruam, kegatalan, iritasi, alergik dan pelbagai penyakit kulit lainnya. Pasti anda bimbang dan tidak mahu kulitnya yang masih lembut diganggu masalah kulit, bukan?

Salah satu punca hal tersebut boleh berlaku, mungkin disebabkan penggunaan produk mandian yang mengandungi bahan kimia tertentu. Sekiranya terlalu kerap terdedah kepadanya, ia boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan kulit si manja.

Cara memilih produk mandian si kecil ini tidak susah. Anda hanya perlu teliti dengan apa yang mahu dibeli agar kulit anak kekal lembut dan sihat. Jom tinjau informasi yang patut anda tahu.

1. Teliti label produk

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu tahu komponen dalam produk mandian sebelum menggunakannya pada anak. Elakkan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti glycol, propylene dan paraben.

Produk mandian yang terbaik untuk kulit bayi yang lembut itu seharusnya mengandungi bahan-bahan seperti minyak badam dan aloe vera. Antara bahan lain yang sesuai adalah seperti susu, madu dan minyak zaitun.

Jadi, sebelum membeli, pastikan produk mandian itu hanya mengandungi bahan formulasi ringan dan mampu menjaga pH kulit dan tidak memedihkan mata.

BACA:  Baitulmaqdis: Trump Ugut Negara Yang Menentang Keputusan US dalam PBB

2. Pilih produk khusus untuk bayi

Produk mandian yang kasar boleh menyakitkan kulit bayi dan menyebabkannya kemerahan. Jadi, hindari produk yang biasa digunakan oleh orang dewasa. Sebaliknya, pilihlah produk mandian bersifat lembut dan khas untuk bayi.

Untuk makluman, kulit bayi juga tidak perlu disental dengan kuat seperti kulit orang dewasa. Lapisan kulitnya yang masih nipis dan sensitif memerlukan penjagaan khusus dengan menggunakan produk mandian lembut.

3. Mesti bebas alkohol

Semak label pada produk yang mahu dibeli terlebih dahulu. Elakkan produk yang mengandungi alkohol kerana ia boleh menyebabkan kulit kering, gatal dan ruam. Nama lain alkohol yang terdapat pada label ialah ethanol, ethyl alcohol dan cetearyl alcohol.

4. Elakkan produk ada sabun

Cara penjagaan kulit bayi dan dewasa jauh bezanya. Kulit bayi hanya perlukan produk mandian lembut dan bebas bahan kimia berbahaya tanpa sabun dan boleh berbuih. Bahan kimia yang ada pada buih produk mandian dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan kulit bayi lebih-lebih lagi jika dia memiliki jenis kulit yang sensitif.

5. Pastikan ada formula hipoalergenik

Sekiranya bayi mengalami masalah kulit seperti kering ataupun ekzema, rawatnya dengan menggunakan rangkaian produk yang mengandungi formula hipoalergenik ketika mandi.

Formula ini jika ada di dalam produk mandian terbukti dapat mengurangkan risiko bayi terkena alahan kulit. Oleh yang demikian, simptom penyakit kulit dapat dikurangkan daripada terkena bayi anda.

6. Mempunyai kadar pH seimbang

Kadar pH kulit bayi adalah pada purata 5.5 hingga 7. Ini bererti, kulit bayi lebih bersifat asid hingga normal. Oleh itu, pilihlah produk yang mempunyai pH paling seimbang agar sesuai dengan keadaan kulit bayi. Dengan itu, ia dapat membantu kesihatan kulit bayi.

BACA:  Rawatan Pemutihan Gigi Ketika Berpuasa. Sah Atau Tidak Puasanya?

7. Hindari produk antibakteria

Disarankan tidak menggunakan produk dengan label antibakteria untuk bayi. Bahan antibakteria tidak digunakan pada produk penjagaan kulit yang diformulasikan untuk bayi kerana berisiko menyebabkan iritasi dan kulit kering.

8. Pilih produk mandian kaya dengan lembapan

Cetaphil Baby adalah produk mandian yang mengandungi semua kriteria pemilihan produk mandian bayi yang selamat dan sesuai untuknya. 10 daripada 10 orang ibu bersetuju bahawa Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash, secara lembut membersihkan dan melembutkan kulit bayi.

Tambahan pula ia sememangnya disarankan oleh pakar pediatrik. Produk ini dipercayai ramai kerana mengandungi 1/3 bahan pelembap iaitu minyak badam dan aloe vera. Malah, ia bebas paraben, bebas sabun dan merupakan formulasi tidak memedihkan mata. pH juga seimbang dan ia merupakan formula hipoalergenik.

Cara uji kesesuaian produk
Jika semua tip sudah diikuti tetapi masih ragu-ragu, anda boleh menguji produk baharu itu ke atas anak. Hal ini bertujuan menghindari risiko reaksi alergi. Caranya, sapu sedikit produk ke bahagian pergelangan tangan atau lengan anak. Jika timbul kemerahan atau iritasi, itu bermakna produk tidak sesuai dengannya. Selain iritasi atau kemerahan, ada juga bayi yang mengalami ruam, kulit kering dan pecah selepas penggunaan produk tertentu.

 

Sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!