≡ Menu

7 Sebab Kenapa Minyak Zaitun Perlu Ada Dalam Beg Keperluan Bayi! Baca


Minyak zaitun antara ‘barang wajib ada’ dalam senarai keperluan bayi. Ia seringkali digunakan untuk rawatan kulit, rambut dan juga digunakan dalam pelbagai masakan.

Bagaimakah bayi boleh mendapatkan khasiat menyeluruh daripada minyak zaitun?

Jom ketahui beberapa kelebihan dan khasiat minyak zaitun untuk bayi secara lebih spesifik.

7 KHASIAT MINYAK ZAITUN UNTUK BAYI
1. MEMELIHARA KULIT BAYI
Urutan terbukti secara saintifik dalam membantu menggalakkan bonding time antara bayi dengan ibu bapa.

Penggunaan minyak zaitun dalam urutan bayi dilihat memberikan kesan memberangsangkan pada perkembangan bayi.

Ini kerana kandungan baik minyak zaitun seperti oleic acid dan linoleic acid dapat membantu kulit menyerap nutrisi dengan lebih berkesan.

2. KAYA DENGAN VITAMIN & LEMAK SEMULAJADI
Bayi juga boleh mendapatkan nutrisi minyak zaitun melalui pemakanan selepas berusia 6 bulan.

Minyak zaitun memang kaya dengan lemak semulajadi sihat dan vitamin penting seperti A, C, D dan E dan boleh digunakan sebagai minyak masakan dalam hidangan bayi.

Penggunaan minyak zaitun extra virgin amat digalakkan kerana minyak zaitun asli ini mengandungi kandungan antioksida paling tinggi.

Lemak semulajadinya dapat meningkatkan kesihatan jantung dan pankreas bayi. Oleic acid pula bagus untuk perkembangan minda bayi.

BACA:  Rupanya Selama Ini Cara Anda Minum Madu SALAH, Patutlah Tak Jadi Ubat

Tapi jangan sampai terlebih pula. Hanya ¼ sudu dalam setiap 2 auns makanan bayi adalah mencukupi. Penggunaan berlebihan dikhuatiri menyebabkab bayi cirit birit.

3. MENGURANGKAN KEMBUNG
Minyak zaitun bukan sahaja baik digunakan untuk urutan badan, malah baik untuk memberi kelegaan kepada perut bayi.

Petua yang sering diamalkan ialah dengan mengurut perut bayi secara arah jam.

Ia didapati berkesan dalam mengurangkan kembung perut dan membantu bayi tidur dengan lebih lena.

 

4. MENGHANGATKAN TUBUH
Kulit bayi yang bersifat nipis membuatkan bayi sukar untuk mengekalkan kehangatan badan.

Minyak zaitun merupakan alternatif semulajadi yang baik kerana kandungan lemak sihatnya juga berupaya untuk mengekalkan kehangatan badan bayi.

 

5. MELEBATKAN RAMBUT
Minyak zaitun juga sering digunakan untuk pada rambut bayi kerana ia dapat meningkatkan penghasilan kolagen dan keratin untuk mendapatkan rambut yang kuat dan sihat.

 

6. MENGATASI KERAK KEPALA BAYI (CRADLE CAP)
Minyak zaitun yang bersifat melembapkan juga sering menjadi pilihan untuk merawat kerak kepala atau ‘cradle cap’ pada bayi.

Caranya ialah dengan menyapu kepala bayi dengan minyak zaitun, kemudian urut dengan berus lembut atau kain dan biarkan selama 20 minit.

BACA:  Apa Yang Ada Pada Buah Belimbing?? Boleh Turunkan Kolestrol? Baca Lebih Lanjut

Biarkan semalaman jika keadaan kulit kepala bayi agak teruk. Kemudian, basuh kepalanya dengan syampu lembut dan air suam.

Gunakan berus lembut untuk tanggalkan kulit kering dari kepala bayi.

 

7. MEMBANTU MELEGAKAN SEMBELIT & BATUK
Bayi yang dah mula makan boleh ditambah sesudu minyak zaitun dalam makanan mereka untuk memberi khasiat tambahan selain melancarkan penghadaman.

Dengan mengurut bayi juga, sekaligus memberi rasa lega pada perut serta membantu melegakan sembelit.

Minyak zaitun yang bersifat hangat ini sesuai digunakan untuk merawat bayi yang selsema dan hidung tersumbat.

BANYAK KHASIAT MINYAK ZAITUN UNTUK ORANG DEWASA JUGA
Sebenarnya memang banyak khasiat minyaj zaitun yang tidak terhad kepada bayi saja. Malah, kita yang dewasa pun digalakkan menggunakannya.

Namun jika anak anda mengalami ekzema, anda perlu dapatkan rujukan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan minyak zaitun kerana kandungan asid di dalamnya mungkin dapat membuatkan kelembapan kulit hilang.

Yang penting, bersederhana dalam menggunakan apa jua jenis suplemen atau produk ya!

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel