≡ Menu

7 Petua Yang Boleh Diamalkan Ibu Bapa Elakkan Anak-Anak Ngompol/Kencing Malam


“Abang, saya tak tahan lah, setiap pagi kena cuci tilam si Aiman. Tiap-tiap kali tidur dia kencing malam, hancing satu bilik. Bukan senang nak cuci tilam, sampai naik dah lenguh tangan saya. Saya dah pesan, tapi malas sangat dia nak ke tandas. Lima tahun pun masih tahan kencing…”

Sabar ya ibu ayah, faktor utama kencing malam bukanlah sebab malas bangun atau tak sempat ke bilik air, tapi ia adalah sebahagian daripada proses peralihan biologi anak-anak.


Sebenarnya, kencing malam memang kerap terjadi apabila anak di bawah lima tahun mula beralih fasa bercerai lampin.

Ia adalah perkara normal bagi anak-anak di usia itu kerana mereka masih belum tahu cara untuk mengawal pundi kencing sepenuhnya. Proses ini mengambil masa dan bukanlah semudah yang kita sangkakan.

Bayangkan anak-anak yang sudah terbiasa kencing dalam lampin setiap hari, mereka perlu sedikit masa untuk beradaptasi dengan perubahan apabila meningkat usia. Keseluruhan proses mengawal pundi kencing ini melibatkan kombinasi otot, saraf, ‘spinal cord’ dan otak.

CARA ATASI ANAK KENCING MALAM
Walaubagaimanapun, jika mereka mengambil masa terlalu lama, tentu kita pun boleh hilang sabar. Tapi jangan khuatir, kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, begitu juga dengan kencing malam ini.

BACA:  Hiburan, Adakah Ia Tergolong Dalam Rukhsah Solat Jamak Dan Qasar?

Antara langkah mengatasinya yang boleh ibu bapa lakukan adalah:

1. HADKAN MINUM PADA WAKTU MALAM
Hadkan pengambilan pada waktu malam lebih-lebih lagi sebelum tidur.

Sebaliknya, biasakan anak minum air dengan banyak pada waktu siang.

2. KENCING SEBELUM TIDUR
Meskipun anak kurang minum sepanjang malam, pastikan dia kencing dulu sebelum tidur.

3. KEJUTKAN ANAK
Dua atau tiga jam selepas masuk tidur, kejutkan anak dan bawa ke bilik air untuk buang air.

Memang agak sukar sebab anda juga memerlukan rehat namun ia perlu diusahakan untuk elak anak kencing di tilam.

4. ‘BLADDER TRAINING’
Latih anak tahan kencing pada waktu siang. Apabila membawanya ke tandas, suruh anak tahan beberapa minit sebelum kencing.

Mulakan selama lima minit dan tambahkan masa sehingga 30 minit. Ia dilakukan supaya anak pandai mengawal pundi secara automatik meskipun sedang tidur.

5. ALAS TILAM DENGAN PLASTIK
Plastik biasanya kalis air. Jadikannya sebagai alas tilam dengan meletakkannya di bawah cadar. Jadi air kencing tidak akan menembusi tilam.

BACA:  Himpunan Doa Mustajab Hari Arafah! Jom Berdoa PAda Waktu Mustajab Ini!

Jika tidak selesa, terdapat pelbagai pelindung tilam jenis lembut yang kalis air.

6. BERI GANJARAN
Jangan lupa beri ganjaran dan kata pujian pada anak bag setiap pagi yang ‘kering’. Dengan ini, dia akan berusaha untuk tidak kencing malam lagi.

7. AMBIL UBAT
Jika semua tidak berhasil, pengambilan ubat adalah jalan terakhir.

Tapi, biasanya ubat perlu diambil dalam jangkamasa yang agak lama kerana jika berhenti, kencing malam akan terjadi lagi. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum memberi sebarang ubat-ubatan kepada anak.

KENCING MALAM TIDAK SEPATUTNYA BERLARUTAN
Sekiranya anak anda sudah dilatih buat sekian lama tetapi tiada perubahan positif, bincangkan dengan pasangan dan rujuklah pada pakar kesihatan kanak-kanak.

Ia mungkin petanda masalah kesihatan bagi anak yang berumur tujuh tahun ke atas.

Pada umur sebegini, sepatutnya kanak-kanak seusia mereka sudah pandai mengawal pundi kencing. Bawa anak ke klinik untuk penilaian kesihatan di pundi kencing mereka.

Sumber: Sirap Limau

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!