≡ Menu

7 Langkah Bagi Anda Mengawal Marah


Menurut ahli tasawuf, marah yang terpuji itu hanya dalam dua perkara iaitu marah kerana mempertahankan kehormatan dan marah kerana mempertahankan agama.

Contoh marah mempertahankan kehormatan ialah apabila ahli keluarga diganggu dan dihina.

Menurut Hamka, marah yang dilarang pula terbit daripada takbur dan sombong, bongkak dan kebanggaan kerana meninggikan diri, hasad, dengki, dan berebut pengaruh.

Berikut adalah langkah-langkah mengawal rasa marah jika anda berdepan dengan situasi itu:

#1 – Diam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Apabila berasa marah, tahan dahulu api kemarahan dengan mendiamkan diri. Banyak kata-kata dan keputusan yang tidak baik semasa kemarahan sedang memuncak. Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi s.a.w bersabda;

“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.”
Riwayat Ibn Majah

#2 – Tangguhkan Reaksi

Pada masa ini, cara yang paling selamat ialah dengan menangguhkan reaksi anda. Selalunya walaupun sekadar beberapa minit adalah amat bernilai dan memberikan kesan yang berbeza namun besar dalam keputusan anda.

Lebih-lebih lagi jika ada pihak ketiga yang cuba mencurah minyak ke dalam api. Istighfar, tenangkan diri, dan lembutkan hati.

#3 – Ingat Keburukan Yang Terbit Dari Api Kemarahan

Syaitan masuk melalui tiga pintu iaitu kelalaian, syahwat dan marah. Ingatkah anda bagaimana Adam telah dicampak dari syurga kerana syaitan berjaya melalui salah satu pintu tersebut? Begitu juga dengan anda.

BACA:  Kerap Ejek, Kasar Dengan Anak Dirumah, Disekolah Anak Menjadi Pembuli. Ibu Bapa Sila Alert Tentang Hal Ini

Jika anda menurut nafsu amarah anda, syaitan akan bergembira. Ini kerana anda telah berjaya masuk ke dalam perangkapnya.

Kemarahan merupakan satu penyakit yang menjadi ruang terbaik syaitan dalam menjadikan manusia seorang yang gagal.

Marah menyebabkan kita kehilangan saudara-mara dan sahabat handai. Sebagai ganti, kita dapat pula musuh yang baru.

#4 – Ingat Kebaikan Dari Sifat Bersabar

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w bersabda;

“Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar.”
Riwayat al-Bukhari

Sifat sabar membawa banyak kebaikan. Antaranya adalah memberi ruang yang lebih baik untuk membuat keputusan melalui emosi yang stabil dan tidak terburu-buru.

Menghalang daripada berlakunya mudarat yang lebih besar seperti berpecah-belah dan saling mencederakan, serta menyatukan kembali hubungan yang hampir retak akibat salah-faham.

Fikir kesannya bukan sahaja kepada diri anda, tapi seluruh keluarga dan komuniti Islam. Islam dikenali sebagai agama yang membawa keamanan. Jadi ketenangan dan lemah-lembut lebih sinonim dengannya.

#5 – Ingat Erti Kekuatan Yang Sebenar

Orang yang berjaya meninggikan suara sehingga orang lain berasa gerun kepadanya bukanlah petanda orang itu hebat.

Kekasaran tidak mencerminkan kekuatan sebenar. Berapa ramai manusia yang kasar dan panas baran ditakuti ramai orang tapi tidak dihormati?

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda;

“Bukanlah orang gagah itu orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

#6 – Bertindak Hanya Semasa Tenang

BACA:  Kenapa Arab Memusuhi Hamas Dan Ikhwan Muslimin?

Kata orang, makanan yang dibeli semasa lapar selalunya berakhir dengan pembaziran. Keputusan yang dibuat semasa marah, selalunya berakhir dengan penyesalan.

Jika anda mahu bertindak, pastikan anda berada dalam keadaan tenang dan menyedari perbuatan anda. Mulakan dengan istighfar yang disebut sepenuh hati.

Apabila hati sudah tenang, marah sudah reda dan anda sudah boleh berfikir dengan akal yang waras, barulah bertindak atau membuat keputusan.

#7 – Elakkan Membalas Dengan Kata-Kata yang Kasar

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda;

“Mencarut adalah sejenis sikap kasar. Manakala sikap kasar balasannya ialah neraka.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Tiada siapa suka disakiti walaupun dengan kata-kata. Malah kata-kata kesat sering menjadi indikasi nilai peribadi rendah seseorang.

Ia juga dikaitkan dengan penderaan emosi. Rasulullah sendiri seorang yang lembut walaupun semasa marah dan dalam keadaan menegur kesilapan orang lain.

Mengawal diri dari rasa marah memerlukan ketahanan dan hati yang pemaaf. Meletakkan diri anda bersama-sama mereka yang bukan pemarah juga boleh membantu menenangkan diri anda semasa berlakunya sesuatu yang boleh mengundang kemarahan.

Tapi, jika anda dikelilingi mereka yang cenderung marah-marah, maka lama-kelamaan dikhuatiri anda juga terkesan oleh sikap tersebut.

Semoga Allah memudahkan anda mengawal api kemarahan yang muncul dalam diri anda dan menggantikannya dengan kelembutan sebagaimana dalam diri Rasulullah s.a.w.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel