≡ Menu

7 Fadhilat Solat Tahajud Yang Sangat Besar! Ruginya Tak Buat Sebelum Ni!


Tahu tak, sebenarnya terlalu banyak nikmat serta rahmat bagi orang-orang yang mengerjakan solat sunat tahajjud ini. Antara fadlihat atau keistimawaan yang terdapat jika selalu mengamalkan solat sunat tahajjud ini!

#1 Penyelamat Dari Seksa Api Neraka

Solat sunat tahajjud ini memiliki terlalu banyak keistimewaan dan fadhilatnya dan salah satunya adalah solat sunat tahajjud ini mampu menyelamatkan diri dari seksaan api neraka. Menurut sabda Rasulullah SAW:

” Ada tujuh golongan yang akan dilindungi Allah dalam lindungan-Nya pada hari tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya: Iman yang adil, pemuda yang rajin beribadah, seorang yang hatinya selalu terpaut dengan masjid, dua orang yang saling mencintai, bertemu dan berpisah hanya kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan terhormat dan cantik lalu dia berkata aku takut kepada Allah, seorang yang menyembunyikan sedekahnya tidak ingin dilihat orang dan seseorang yang mengingati Allah dalam keheningan hingga menitiskan airmata” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

#2 Di Jauhkan Dari Semua Jenis Penyakit

Menerusi kisah yang di ceritakan oleh Salman Al-Farisi bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Kerjakanlah solat malam kerana itu adalah kebiasaan orang saleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa serta penghindar penyakit”

BACA:  Tanda Tanda Malaikat Izrail Datang Menjemput Kita. Bersediakah Kita?

#3 Terpancar Cahaya Ketakwaan Pada Wajah

Rahsia ganjaran menunaikan solat malam atau solat sunat tahajjud ini akan memperlihatkan terpancarnya sinar keimanan dan ketakwaan ke atas wajah orang-orang yang rajin beribadah dan menunaikan solat sunat tahajjud ini. Bukan itu sahaja, bagi orang-orang yang rajin melakukan ibadah ini akan merasa bahagia dan tenang. Itu adalah salah satu ganjaran dan anugerah yang Allah S.W.T berikan kepada hambanya yang soleh.

#4 Dikurniakan Kekuatan Dan Rezeki Yang Diberkati

Menunaikan solat sunat tahajjud juga membuka pelbagai pintu rezeki yang melimpah ruah seperti mendapat makanan yang enak, mendapat kesihatan yang baik, memiliki keluarga yang bahagia dan sebagainya. Justeru dengan melakukan ibadah sunat ini, Allah S.W.T akan memberi ganjaran yang besar buat hambanya yang rajin beribadah. Baik ganjaran yang Allah berikan secara terus di dunia atau di akhirat kelak.

#5 Memiliki Kedudukan Yang Tinggi Di Sisi Allah S.W.T
Barangsiapa yang rajin untuk melakukan solat sunat tahajjud di waktu malam, Allah akan menempatkannya di tempat yang terpuji.

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud pada Nya sebagai sembahyang tambahan bagimu: Semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji” – Surah Al-Isra, Ayat 79.

BACA:  Inilah Sebabnya Rasulullah Menyuruh Ummatnya Bersedekah. Hebatnnya!

#6 Tergolong Dalam Golongan Yang Sering Mengingati Allah S.W.T

Allah S.W.T akan sentiasa mengingati hambanya yang sering berzikir dan Nabi SAW pernah bersabda bahawa:

“Jika suami membangunkan isterinya untuk solat malam hingga keduanya solat dua raka’at, maka tercatat keduanya dalam golongan (perempuan/lelaki) yang selalu berzikir” – Hadis riwayat Abu Daud.

#7 Mendapat Ganjaran Di Hari Akhirat

Solat tahajjud merupakan tiket emas kepada setiap hambaNya yang mendekatkan hubungan dengan Sang PenciptaNya. Dan antara ganjaran yang bakal di perolehi oleh orang-orang yang rajin mengerjakan sembahyang malam adalah:

  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Melalui sirat al-Mustaqim dengan cepat seperti kilat
  • Diserahkan surat amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Meskipun bukan mudah untuk bangun sepertiga malam untuk mengerjakan soalt sunat tahajjud ini, tetapi dengan ganjaran yang Allah S.W.T berikan meliputi segala di langit dan di bumi. Jadi ayuh, sama-sama mensucikan diri dengan amal ibadah ini dan mudah-mudahan Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan dan membentangkan rezeki yang luas buat umatnya yang rajin beribadah.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel