≡ Menu

5 Petua Untuk Elak Nyanyuk Semasa Tua


Di seluruh dunia, dijangkakan bahawa terdapat lebih 50 juta orang mengalami penyakit demensia (nyanyuk) dan hampir 10 juta kes baru terjadi setiap tahun. Mungkin ada yang mengatakan bahawa gelaja ini hanya akan terjadi pada orang yang berumur kan?

Namun masih ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya golongan muda turut terdedah dengan risiko ini terutama mereka yang menghidapi kencing manis, darah tinggi serta mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

Penyakit ini selalunya kan membuatkan fungsi otak merosot secara berperingkat dan keadaan ini tentunya akan mengurangkan kemahiran berfikir serta menganggu aktiviti seharian.

Oleh itu, Doktor Ahmad Zubaidi yang terkenal gemar berkongsi mengenai tips kesihatan telah menceritakan mengenai aktiviti yang boleh dilakukan oleh anda yang tidak mahu jadi nyanyuk dan pelupa di waktu tua.

[1] Senaman Dan Aktiviti Fizikal
Senaman dapat mencegah diri mendapat penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, kanser kolon, kanser payudara, dan masalah berkaitan kesihatan mental seperti sukar untuk tidur (insomnia), anxiety, dan kemurungan (depression). Dalam jangka panjang ia dapat mengelakkan diri dari penyakit nyanyuk dan pelupa (dementia).

Malah dalam beberapa kajian menunjukkan dengan melakukan senaman atau aktiviti fizikal yang ringan secara istiqamah dapat membantu memulihkan masalah ingatan yang lemah bagi mereka yang telah pun mengalami masalah ingatan.

BACA:  Hukum Memasak Makanan Untuk Keluarga Si Mati

Lakukan aktiviti berjalan kaki dan senaman ringan seperti Senaman Melayu Tua sudah mencukupi bagi mereka yang telah berusia dan mempunyai masalah kesihatan. Senaman amat penting bagi mereka yang mempunyai risiko mengalami penyakit Alzheimer’s ketika waktu tua kerana mempunyai genetik APOE4 gene variant.

[2] Mediterranean Diet
Sebagai orang yang tinggal di nusantara, agar sukar untuk kita mengamalkan Diet Mediterranean. Namun kita masih boleh mengamalkannya dengan mengambil ciri-ciri diet ini ke dalam pemakanan kita.

Antara yang mungkin kita boleh tambah dalam pemakanan kita yang menyerupai Diet Mediteranean adalah tambahkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, snek yang bersumberkan bijiran penuh (whole grains), kekacang (beans dan nuts) dan bijiran (seeds).

Selain itu tambahkan pengambilan minyak zaitun dan banyakkan makan ikan (berbanding daging merah), susu dan tenusu (seperti yogurt dan keju). Pemakanan sihat ini terbukti dapat mengelakkan penyakit jantung, dan merendahkan risiko mendapat penyakit kanser dan dementia.

[3] Tidur Yang Berkualiti
Mendapat tidur yang berkualiti sangat diperlukan oleh tubuh. Dalam banyak kajian, tidur selama enam hingga lapan jam sangat penting untuk fungsi otak kerana proses pembelajaran dan mengingat dapat disimpan dalam otak semasa tidur.

BACA:  Jangan Takut Mulut Busuk. Ini Khasiat Makan Bawang Putih Yang Anda Perlu Tahu.

[4] Latihan Minda
Banyak kajian mendapat mereka yang aktif melakukan latihan minda seperti membaca, menulis, melakukan permainan silang kata dan sudoku, dan yang melakukan perbincangan sihat sesama rakan dapat mengekalkan kekuatan minda dan ingatan apabila semakin berusia. Saya melakukan aktiviti membaca dan menghafal di awal pagi sebelum dan selepas solat Subuh.

[5] Hubungan Sosial
Hubungan sosial sesama keluarga dan rakan dapat memberikan kesan baik pada kesihatan kita apabila kita semakin berusia. Banyak kajian mendapati mereka yang mengalami kemurungan (depression) dan masalah mudah lupa biasanya adalah mereka yang rasa keseorangan.

Cari rakan-rakan yang memahami dan membantu. Ia akan merendahkan tekanan perasaan (stress) dan menggembirakan kita. Ini mengelakkan kita mengalami masalah mental.

Masalah nyanyuk dan pelupa adalah masalah yang semakin serius. Ramai mereka yang berusia seawal 40an mula mengalami masalah ini tanpa mereka sedari.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel