≡ Menu

5 Guideline Semasa Bertunang. Ini Cara Yang Islam Ajar


Dalam Islam, hukum bertunang adalah sunat. Ia adalah suatu proses apabila seorang lelaki ingin menyatakan hasrat kepada seorang wanita untuk dijadikan isteri. Kemudian, hasrat tersebut disambut oleh wanita itu atau walinya. Dengan itu, apabila wanita tersebut sudah menjadi tunangan, dia tidak boleh lagi dipinang oleh orang lain.

Dalam erti kata lain, definisi ‘pertunangan’ dalam Islam adalah kesepakatan antara pihak lelaki dan perempuan untuk menuju ke alam perkahwinan. Walaupun begitu, masih ada batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang sudah bertunang. Tempoh bertunang bukanlah satu lesen untuk mereka berdua ke sana sini dengan bebasnya.

Justeru, apakah guideline atau adab-adab pertunangan menurut Islam?

Adab Pertunangan Dalam Islam

1. Tidak berdua-duaan atau berkhalwat
Sebaiknya, jika perlu berurusan dengan si dia di luar, bawalah mahram bersama seperti adik-beradik atau ibu bapa. Seterusnya, pilihlah tempat terbuka yang tidak menimbulkan sebarang fitnah. Hal ini bagi menghindarkan godaan nafsu syaitan yang sentiasa ingin mengajak manusia melakukan kejahatan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Nabi SAW pernah bersabda;
“Tidak berdua-duaan antara lelaki dan wanita melainkan syaitan adalah yang ketiga.”

BACA:  Ketika Ditimpa Kesulitan, Bacalah Istighfar Nabi Yunus, Insya'Allah Diberi Keringanan

2. Mempercepatkan urusan dan hindari perkara yang kurang penting ketika berurusan

Dalam tempoh pertunangan, sudah pasti banyak perkara yang ingin dibincangkan antaranya mengenai majlis perkahwinan atau persiapan selepas berumahtangga. Justeru, fokuskanlah pada topik perbincangan tersebut dan hindarkan daripada meleret kepada perkara yang kurang penting.

3. Menjaga batas pergaulan

Walaupun lelaki dan perempuan tersebut sudah bertunang, mereka belum lagi sah menjadi suami isteri. Maka, hukum pergaulan antara mereka berdua masih tetap sama iaitu perlunya menjaga batas pergaulan sesama mereka sepertimana pergaulannya dengan lawan jantina masing-masing. Tidak boleh bersentuhan atau melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh pasangan suami isteri yang lain.

4. Menjaga masa ketika berhubung

Tidak dinafikan, ramai pasangan yang tewas hingga tidak sedar masa berlalu begitu sahaja dengan perkara yang sia-sia. Justeru itu, sama ada pihak lelaki atau perempuan masing-masing perlu bertegas dan berusaha untuk menjaga masa ketika berurusan melalui sms, whatsapp atau apa jua medium perhubungan. Sebagai contoh, beritahu pada pasangan kita itu untuk berurusan hanya pada waktu selepas solat Isyak hingga jam 11 malam sahaja. Melainkan jika terdapat hal yang betul-betul mendesak.

BACA:  Petua Mengalihkan Posisi Bayi Songsang Yang Anda Boleh Amalkan

5. Manfaatkan tempoh pertunangan dengan hal kebaikan

Memandangkan tempoh pertunangan adalah satu langkah sebelum seseorang itu menuju ke alam perkahwinan, adalah lebih baik jika tempoh pertunangan itu diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan mendatangkan kebaikan untuk masa hadapan. Antaranya, banyakkan membaca buku-buku mengenai hal kekeluargaan, tips perkahwinan, mendekatkan diri dengan perkara-perkara keagamaan, sentiasa memotivasikan diri untuk ke arah yang lebih baik, mempelajari cara untuk mengawal emosi, mengenali sikap serta sifat-sifat lawan jantina, memasuki kelas kemahiran kendiri dan lain-lain lagi yang dirasakan bermanfaat dan berguna untuk masa hadapan.

Diharap semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca semua terutamanya kepada mereka yang melalui fasa pertunangan ini. Banyakkanlah bersabar dan mendekatkan diri kepada Allah SWT, sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga dalam fasa ini. Moga bermanfaat!

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel