≡ Menu

5 Cara Mak Ayah Boleh Guna Untuk Elakkan Anak Beli Benda Ni


Baru-baru ini ada perkongsian yang viral mengenai luahan seorang bapa yang tidak berpuas hati dengan Kinder Joy, beliau menyalahkan pasaraya yang meletakkan kinder joy dihadapan kaunter supaya mudah dilihat oleh anak-anak. Pokok pangkalnya bukan lah salah mereka yang meletakkannya dihadapan kaunter, masih banyak punca lain seperti youtube, perilaku anak-anak, cara layanan ibubapa terhadap anak-anak yang membuatkan perkara ini membarah. Mari kita baca bagaimana nak mengatasi perkara sebegini.

Yang Pertama, Jangan pernah bagi anak cuba benda ni. Benda ni dah la manis dan sedap melampau. Sekali dah kena, bukan anak je ketagih. Mak ayah pun boleh ketagih sekali. Pernah dengar istilah ‘sugar craving & hedonic hunger’? Ni la efeknya.

Kedua, Mak ayah kena bagi ‘frequent & clear’ REMINDER kat anak masing-masing. Sebelum masuk kedai tu buat ‘perjanjian’ dulu dengan anak. ” Adik, Ibu nak masuk kedai ni. Adik boleh ambil biskut je tau. SATU benda tu je. Janji? “. Bila anak dah angguk, baru masuk kedai. Kalau anak meronta nak benda ni ingatkan balik kat anak kita tu tentang perjanjian yang dah dibuat.

BACA:  Ish Ish Ish.. Dah Tahu Banyak Pahala Tapi Tak Nak Buat Jugak

Yang ketiga, Ajar anak kawal kemahuan daripada kecil. Caranya adalah jangan ‘kabulkan’ permintaan anak secepat cepatnya bila anak nak sesuatu. Ajar anak kita untuk TUNGGU & SABAR kalau nak apa-apa sekalipun. Terlalu mudah mendapatkan sesuatu menyebabkan mereka hilang kebolehan untuk menghargai sesuatu.

Yang Keempat, Elakkan anak tengok Youtube yang ada demo ‘bukak telur’ ni. Ada anak bukan nak coklat tapi nak ‘surprising toys’ kat dalam benda ni je. Kalau anak dah terlanjur ‘ketagih’ dengan benda ni elakkan la masuk ke kedai-kedai yang ada benda ni. Kenalpasti dulu kedai tu ada tak benda ni. Kalau pasti takde, baru masuk. Baru la takde drama berguling-guling depan kaunter. Kalau boleh, elakkan anak-anak untuk terlalu bebas dalam youtube, ibu bapa seharusnya memantau apa yang ditonton anak-anak.

BACA:  Panduan Atasi Ketagihan Karbohidrat dengan Detoks! Tiada Lagi Masalah "SAYA TAK BOLEH KALAU TAK MAKAN NASI"

Yang kelima, Kalau anak yang masih dalam fasa ‘ego-centric’ sekitar umur 2-4 tahun ni memang susah sikit nak makan saman. Jalan terbaik adalah TEGAS. Mak ayah tak boleh la ikutkan semua yang anak nak. Memang kita sayang anak tapi kita boleh jadikan alasan sayang tu untuk memberikan semua yang anak nak.

Kita LARANG kerana kita SAYANG.

sumber: taufiqrazif

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!