≡ Menu

5 Bahan Bahan Yang Berkesan Untuk Menghilangkan Panau


Panau merupakan tompokan putih yang membuatkan kulit wajah kelihatan tidak sekata. Bila kulit wajah ada panau, memang boleh menghilangkan keyakinan diri dan penampilan diri. Panau atau dalam bahasa saintifiknya Tinea Versicolor merupakan salah satu masalah jangkitan di lapisan luar kulit yang selalu berlaku disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Nah, ini saya kongsikan beberapa petua semulajadi yang berkesan untuk hilangkan tompokan panau agar kulit kembali sekata.

5 petua semulajadi yang berkesan untuk hilangkan tompokan panau adalah seperti berikut:

1. Bawang Putih
Ambil seulas bawang putih dan potong dua bahagian. Sapukan bawang putih tersebut di wajah anda setiap kali selepas mandi. Lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.

BACA:  10 Perkara Penting Perlu Kita Tahu Sebelum Meletakkan Jawatan! Perlu Tahu

2. Cuka epal
Sapukan cuka epal di wajah atau di kawasan yang terdapat panau. Biarkan selama 20-30 minit, kemudian bilas dengan air. Amalkan setiap malam.

3. Lengkuas
Potong lengkuas dan buang kulitnya. Cuci hingga bersih. Kemudian sapu di bahagian kulit dengan perlahan-lahan. Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari dan kesannya akan dapat di lihat dalam tempoh 1-2 minggu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

4. Lidah buaya
Lendir lidah buaya memang diketahui ramai mempunyai khasiat penyembuhan untuk kulit termasuk ruam. Potong lidah buaya dan sapukan lendirnya di wajah. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan dengan kerap untuk hasil yang lebih cepat.

5. Halia
Tumbuk halia sebesar jari hingga lumat. Kemudian tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan sehingga sembuh.

Tuntasnya, jika ada tompokan panau pada badan, anda boleh ikuti cara-cara yang telah diberitahu dengan menggunakan bahan-bahan yang dinyatakan diatas. Selamat mencuba.

Untuk langkah pencegahannya adalah; menjaga kebersihan diri, elakkan pakaian yang basah atau lembap, pakai pakaian yang serap peluh dan longgar, serta sentiasa amalkan pemakanan yang seimbang.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel