≡ Menu

4 Sebab Kenapa Rasa Malas Bangun Pagi, Lebih-Lebih Lagi Subuh!


Cuba kira sepanjang tahun ini, ada berapa kali anda bangun awal pagi seiring burung berkicau? Ada?

Penulis amat faham tentang rasa liat nak bangun pagi. Jika ada apa-apa aktiviti melibatkan awal pagi memang anda akan elak dan terus cancel! Bila celik sahaja mata pasti matahari sudah pun mencanak ke langit.

Jadi apa masalah dengan diri anda yang sememangnya sudah seperti digam atas katil. Teringat pula penulis pada satu nasihat yang pernah penulis terima, ‘orang yang tertinggal waktu pagi ni adalah orang yang rugi dalam hidup mereka’.

Belum terlambat lagi kalau anda ingin mengubah masa dan praktiskan gaya hidup yang lebih sihat. Mari kita sama-sama kenal pasti kekangan yang ada dalam diri anda yang menjadikan anda sangat-sangat malas bangun pagi.

BACA:  Hukum Menggunakan Perkakasan Dapur Orang Bukan Islam. Perlu Baca

#1 Kualiti tidur yang lemah
Salahkan pada diri anda juga ya kerana gemar berjaga malam, kerap mengambil kafein dan mengamalkan waktu tidur yang tidak teratur. Badan dan otak anda memerlukan waktu tidur yang ideal seperti 7 hingga 8 jam sehari. Pada waktu itu badan bukan sahaja berehat bahkan menyiapkan proses untuk lebih cerdas pada pagi keesokannya.

#2 Stress, banyak masalah
Anda terlampau banyak berfikir dalam satu-satu hal. Tidur anda tidak menjadi nyenyak atau kerap diganggu dengan mimpi-mimpi yang tidak enak. Walaupun badan anda berehat namun otak anda tetap penat kerana bekerja sepanjang malam. Sebab itulah kadangkala badan terasa segar tapi otak tetap deny untuk bangun pagi.

#3 Mengikut kehendak
Dari beberapa kajian terdapat satu situasi iaitu – phase delay yang bermaksud anda sengaja melewatkan masa bagi mengikut kehendak anda. Sebagai contoh, anda sudah terasa segar untuk bangun pagi tapi anda masih lagi mahu menyambung tidur kerana masih terasa awal untuk pergi ke kerja. Jika cara ini berterusan, badan akan menjadi semakin lemah dan malas untuk bangun awal seperti biasa.

BACA:  Apakah Perbezaan Yahudi dan Zionis?

#4 Nutrisi makanan rendah
Tanpa anda sedar, makanan yang anda ambil mempengaruhi cara tidur anda. Biasanya kafein dikatakan menganggu waktu tidur, sebenarnya makanan seperti makanan segera atau tidak cukup nutrisi juga faktor yang sama. Selain itu, makan lewat malam turut memberi stress kepada sistem penghadaman seterusnya menjadikan tubuh lebih letih pada waktu pagi.

Sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!