≡ Menu

3 Tips Doa Mustajab Yang Diajarkan Nabi Zakaria Dalam Al-Quran.


Tips Doa Mustajab Ikut Cara Nabi Zakaria Yang Diceritakan Dalam Al-Quran

Boleh dikatakan hari-hari kita akan berdoa. Bukan saja setiap kali lepas sembahyang, bukan hanya ketika menghadapi musibah, tetapi juga apabila mahu memulakan sesuatu pekerjaan.

Doa adalah harapan, hajat kita terhadap Pencipta. Doa juga adalah senjata umat Islam.

Tapi, tahukah kita cara mendapatkan doa mustajab yang boleh kita amalkan?

Mari ikuti perkongsian Puan Siti Aminah Sulaiman, Pengarah Urusan di Quranic Parenting dan insha Allah seorang ibu kepada bakal hafiz.

TIPS DOA MUSTAJAB

3 TIPS DOA MUSTAJAB IKUT CARA NABI ZAKARIA YANG DICERITAKAN DALAM AL-QURAN

Kenapa saya pilih berdoa ikut cara doa Nabi Zakaria ?

Sebab saya sangat terkesan bila baca ayat 2 Surah Maryam

ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا

“(Ingatkan mereka) tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria,”

Dalam ayat ni Allah iktiraf Zakaria a.s sebagai عَبْدَهُ iaitu HambaNya.

Saya kira sebagai satu pengiktirafan tertinggi bila Allah acknowledge kita sebagai HambaNya..Petanda Allah redha dengan cara Nabi Zakariya meminta doa

Nak jadi ‘HambaNya’?

Jom belajar doa cara Nabi Zakaria :

1. GUNAKAN SUARA YANG LEMBUT

إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا

“yaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.”

Perkataan نِدَاءً ikut terjemahan ialah suara yang lembut dalam keadaan خَفِيًّا iaitu sunyi..ketika duduk seorang diri

2. SEBUT KELEMAHAN DIRI KETIKA BERDOA

Ayat seterusnya Allah rekod Nabi Zakaria mengadu keadaan diri yang serba lemah, rambutnya putih beruban

BACA:  5 Guideline Semasa Bertunang. Ini Cara Yang Islam Ajar

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا..

Dia berkata “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, ..”

Inilah pengakuan seorang hamba yang berTuhan
Dia mengakui kelemahan fisikal tubuhnya yang memerlukan Allah untuk tunaikan segala permintaan.

Ayat lain Nabi Zakaria menambah lagi :
وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا..

“sedang isteriku seorang yang mandul..”

Nabi Zakaria megukuhkan lagi kelemahan perkahwinan dengan mengakui dihadapan Allah isterinya yang mandul.

Tertarik saya nak kongsikan dari segi linguistik ayat امْرَأَتِي

Allah pilih perkataan yang begitu tepat untuk gambarkan situasi Zakaria a.s ketika tu

Perkataan امْرَأَتِي iaitu biasa digunakan dalam Quran untuk menggambar perkahwinan yang ada masalah.

Contoh dalam Surah Tahrim Allah panggil isteri Nabi Nuh sebagai امۡرَاَتَ نُوۡحٍ kerana isteri Nabi Nuh seorang yang kafir,begitu juga isteri Nabi Lut a.s dipanggil امۡرَاَتَ لُوۡطٍ‌

Bukan perkataan ‘zaujah’ digunakan dalam situasi ni.

Apa yang kita boleh pelajari ialah mengadulah dengan jujur dihadapan Allah..segala masalah kita

Bukan saja-saja Allah rekod kisah doa Nabi Zakaria ni tau,
mesti untuk kita belajar dan amalkan

3. HAJAT ADALAH KERANA ALLAH DAN AGAMA

Inilah klimaks dalam kisah doa Nabi Zakaria..

Untuk apa nak dapat anak? untuk apa nak ada duit?
untuk apa nak sihat?

Nabi Zakaria terus mengajar kita cara doa dimakbulkan segera:

وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا

BACA:  Awas! 6 Perkara Yang Dilakukan Akan Menyebabkan Rezeki Anda Tidak Berkat

“Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku sepeninggalku,
sedang isteriku adalah seorang yang mandul,
maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, “

Baginda risaukan keadaan kaumnya bila dia meninggal nanti..
Dia risaukan kaumnya sesat bila tiada lagi nabi dikalangan mereka.

Zuriat diminta untuk sambung legasi dakwahnya.

Lalu Allah jawab dengan beri khabar gembira kedatangan soerang anak lelaki bernama Yahya.

Hajat untuk tujuan kebaikkan agama memang cepat Allah jawab dan beri.
Saya sendiri dah pernah cuba, mustajab dengan izin Allah..

Ini formula doa mustajab dari Quran !

RAHMAT TURUN BERSAMA NIKMAT ZURIAT

Nabi Zakaria bukan saja dapat anak, tetapi Allah turunkan lengkap dengan pakej lain.

Allah sebut dalam AL Quran Nabi Yahya seorang yang:
+berhikmah dari kecil (وَآتَيْنَاهُ الْحُكْمَ صَبِيًّا)
+lemah lembut حَنَانًا
+taat pada ibu ayah وَبَرًّۢا بِوَٰلِدَيْهِ

Rujuk ayat 12-14 Surah Maryam untuk lihat ciri-ciri anak soleh yang ada pada Yahya a.s

Inilah RAHMAT Allah yang turun ketika Dia mengabulkan hajat HambaNya

Diminta ialah zuriat, tapi bila Dia berkenan dengan cara kita berdoa ..Dia akan beri lebih..Inilah RAHMAT untuk orang yang beriman.

Kesimpulannya tiada yang lebih baik dari cara berdoa para Nabi yang diajar dalam Quran .

Moga Allah pilih kita sebagai HAMBANYA dan dimasukkan ke dalam syurga nanti..Allahumma Amin .

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel