Tanda-tanda Lelaki Sayang Pasangannya. Namun, Banyak Wanita Tidak Faham

Kongsikan di



Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selambut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun lelaki, dia akan mengalirkan airmata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan atas pengorbanan yang dilakukan lelaki umtukmu itu. Sekiranya kamu menyedari teman lelakimu itu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu demi kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak salah memilih teman hidup. Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah seorang yang berdamping dengan mu sekadar suka-suka ataupun mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa membuat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya si dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan suatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. padanya, sudah menjadi tanggungjawab untuknya membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang disayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi hubungan antara kamu. Jadi terbukalah hati untuk menerima tegurannya, yang baik dijadikan teladan yang buruk kita lupakan... Jika hati sudah sayang, maka macam-macamlah yang akan kamu fikirkan termasuklah bimbang takut akan kehilangannya. Begitu juga bila teman lelakimu menyatakan dia selalu memikirkan dan merisaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu memikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Setiap saat baginya amatlah bermakna ditambah dengan kerisauan yang melampau, sedangkan kamu senang hati memikirkan "aku hot, cantik, ramai lagi lelaki didunia ini"...Kalau boleh biarlah sesuatu perhubungan itu kejinjang pelamin, barulah berbaloi!

Ia kelakar, tapi itulah hakikatnya apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian darimu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, cubalah memujuknya. Jangan pula kamu sangka sifat manja si dia itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berpewatakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja...percayalah Kamu menghadapi masalah dan orang pertama datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya... Kamu memberitahunya yang kamu akan pergi ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba si dia menjadi menggelabah dan tidak menentu, kamu boleh lihat reaksinya ketika itu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya...

Sekiranya teman lelaki kamu sentiasa bertanyakan "awak masih sayang saya??" Jangan anggap persoalan itu sesuatu yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya luntur. sebab itulah kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia mahu kamu sentiasa ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya, walaupun belum mempunyai ikatan sah, ia sebagai dorongan kepadanya agar lebih bersedia dan bersemangat memulakan hidup bersama kamu... Si dia sanggup menitiskan airmata demi kekasihnya...Bukan senua lelaki sanggup menitiskan airmata untuk seorang wanita. Tidakkan kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu?? Kasih sayangnya pada kamu melebihi segalanya, sayang pada manusia lain dengan sayang kepada tuhan, sayang kepada agama. Kamu akan menyesal dengan ketulusan hatinya sekiranya kamu menolak cintanya, kerana airmata lelaki umpama sebutir berlian, hanya kehangatan melampau sahaja yang mempu mencairkannya.
Manusia tidak ada yang sempurna, samalah juga teman lelaki kamu, tidak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecik hati. Tapi kalau si dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. Berilah masa dia untuk berubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk kebahagiaan kamu, itu suau perkara yang baik. Janganlah kamu mencari pengganti si dia semata-mata kamu kecik hati dengannya..Dan kamu pasti ke pengganti si dia itu mampu membahagiakan kamu?? Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu, adalah betapa si dia lebih mementingkan dirimu daripadanya sendiri. Apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk kamu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dengannya. Jadi hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki. Kesempurnaan sukar dicari, tetapi ketulusan akan dapat diberi sekiranya kamu juga benar-benar tulus menyayanginya...

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari penggantinya, alasan kamu dah tak serasi dan dah tak ada hati, dah tawar hati. kamu pula macam mana? Adakah kamu itu tidak pernah buat silap? Adakah kamu tidak pernah sakitkan hati pasangan kamu? Adakah kamu ini setaraf dengan Siti khadijah? Setulus Zulaikha? Sekuat sumaiyyah? Semulia Aisyah??? Jangan biarkan ego menguasai perasaan kalau kamu tidak pasti akan menyesal suatu hari nanti.. Kamu sering menyalah lelaki bahawa lelaki lah paling kuat egonya..Walhal manusia semua sama, ada perasan itu dalam setiap diri masing-masing. Adakah kamu perasan yang kamu itu sendiri terlalu ego?? Mungkin pasangan kamu tidak sempurna, tapi kalau kamu dapat merasai keikhlasannya itu lagi baik. Dan keikhlasan itu tidak boleh dilihat, tetapi boleh dirasa dengan hati.. Tuhan menciptakan lelaki dan wanita untuk berpasangan, bukan untuk menyakiti dan disakiti. Sebaiknya kita redha dan tawakal atas segala dugaan dan cabaran dalam melalui hidup bersama pasangan. Kita yang memilih jalan itu, bukannya dipaksa. Kita beruntung kerana memiliki daya penarik yang berjaya menambat hati kekasih hati kita, sekiranya kesempurnaan yang dicari semata-mata untuk hidup bahagia, kita akan kalah dalam percintaan dan kita akn sentiasa berada ditahap terbawah..Jangan beri harapan kalau hati kita tidak sukakannya, lebih baik berterus terang dari terus mencemarkan kita sesama umat manusia.

Sumber: Mohammed Mohammed Ramzie
loading...

0 Response to "Tanda-tanda Lelaki Sayang Pasangannya. Namun, Banyak Wanita Tidak Faham"

Post a Comment