Lemon Untuk Turunkan Suhu Demam/batuk/kahak & selsema

Kongsikan di


Cuaca sekarang sangat panas jika dibandingkan dengan dahulu. Dah lama tak hujan sehingga anak pun selalu jatuh sakit terutama sekali demam. Ibu mesti risaukan kalau anak demam? Tapi, kalau nak bagi makan ubat, tak baik pula untuk organ dalaman anak kita yang belum matang itu. Jadi, eloklah kita cari cara tradisional untuk merawat demam anak kita.

Salah satu cara nak turunkan suhu badan anak adalah dengan menggunakan lemon. Ini kerana lemon membantu untuk menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.
Cara nak buat pun senang sahaja.

Bahan-bahan yang kita perlukan hanyalah lemon dan air. Lemon boleh dihiris mahupun diperah untuk mengambil jusnya.

1. Air perahan lemon + air (Nisbah 1:1)
– Perah lemon ke dalam mangkuk dan campurkan dengan air.
– Masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di kepala anak kita supaya sentiasa basah. Boleh juga di rendam dengan kain dan diletakkan di kepala si manja.

2)Rendam sarung kaki (stokin)
Selain itu, basahkan sarung kaki anak di dalam campuran air lemon sekejap.Angkat sarung kaki, perah seidikit.Pakaikan sarung kaki kepada anak pada waktu malam.

3)HIRISAN LEMON
– hiriskan lemon dan lekatkan di tapak kaki mereka dan selotapekan lemon itu supaya tak tanggal 🙂
– Spray kan kaki dan kepala si manja dengan air perahan lemon juga supaya kaki mereka sentiasa basah. In sya Allah cepatlah turunnya suhu yang panas tu.

4)MANDIAN LEMON
1- Penuhkan bekas mandian bayi dengan air suam
2- Potong 1-3 biji lemon dan letakkan di dalam air
3- Biarkan lemon terendam di dalam air selama 2 minit
4- Siap boleh mandikan bayi anda
loading...

0 Response to "Lemon Untuk Turunkan Suhu Demam/batuk/kahak & selsema"

Post a Comment