Hujah Bagaimana Rokok Boleh Membatalkan Puasa

Kongsikan di

Soalan:

Salam

Saya nak tanya apakah hujjah menghisap rokok membatalkan puasa..adakah menghidu bau masakan sama spt menghisap rokok kerana memasukkan sesuatu kedalam rongga beerti memasukkan makanan kedalam salauran makan(fiqh sunnah)..adakah asap rokok dikira memasukkan makanan dlm rongga makanan?

**********************************
Jawapan:

Wassalam

Perkara-perkara yg dinyatakan boleh membatalkan puasa ialah makan dan minum. Sedangkan merokok tidak jelas samada dia perbuatan sejenis dgn makanan dan minuman. Maka datanglah peranan fuqaha' merincikan dan menetapkan. Kerana selepas Allah, Rasul, ialah ulil amri. Ulil amri di sini boleh membawa maksud fuqaha'.
Fuqaha' menetapkan rokok patut dimasukkan sekali dalam aktiviti makan dan minuman dan ia membatalkan puasa. Ini kerana perokok selepas merokok, merasai nikmat, merasai kesegaran, dan ia menyamai fungsi makanan dan minuman.

Adapun menghidu bau makanan, misalnya kita pergi ke bazar Ramadhan, akan terhidu pelbagai bau makanan, maka ia bukan tergolong dalam makan dan minum. Ia membuatkan seseorang bertambah lapar dan membuatnya terus membeli lebih banyak makanan dan minuman (tambahan thtl)

Maka fuqaha' menetapkan yg membatalkan puasa ialah makan, minum dan merokok. Setakat ini ia tidak dibantah oleh mana-mana fuqaha' akan batalnya puasa jika seseorang merokok. Demikian kata Syaikh Athiyah Saqr dalam fatwanya di IOL tanggal 25/10/04, juga syaikh Ibn Uthaimiin dalam kitabnya Majalis Ramadhan. Sekian

Sumber: http://soaljawabpuasa.blogspot.my/
loading...

0 Response to "Hujah Bagaimana Rokok Boleh Membatalkan Puasa "

Post a Comment