Hati-Hati, Beras Plastik Sudah Mula Masuk Di Pasaran Malaysia!

Kongsikan di


JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menghantar tiga sampel beras yang didakwa sebagai 'beras plastik' dari sebuah pasar raya di Kulai ke Jabatan Kimia.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Johor, Aris Mamat berkata, pihaknya telah membuat tinjauan ke pasar raya itu pada 7 Jun lepas dan mengarahkan agar produk tersebut tidak dijual kepada pengguna.

"Keputusan daripada sampel tersebut akan dikeluarkan secepat mungkin. Sekiranya benar produk tersebut mengandungi plastik, kita akan ambil langkah susulan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehingga kini, pihaknya hanya menerima satu laporan berkaitan kes 'beras plastik' ini dan akan mengambil tindakan sama sekiranya terdapat aduan lain.

Beliau berkata, kes tersebut dilaporkan berlaku di Kulai dan sebarang tindakan larangan jualan hanya boleh diambil sekiranya memperolehi bukti yang kukuh.

"Produk beras tersebut dialamatkan di Kedah, jadi kita meminta bantuan daripada KPDNKK cawangan  Kedah bagi membantu menentukan kesahihan produk berkenaan," kata Aris.
Terdahulu, isu 'beras plastik' ini tular selepas seorang lelaki membuat laporan polis apabila mendapati beras yang dibelinya sukar untuk dikunyah.

Lelaki itu, P. Bhaskaran, 61, juga mendakwa telah bertindak membakar beras berkenaan dan mendapati ia mengeluarkan bau seperti plastik.

Menurutnya, dia membeli beras 5 kilogram itu di sebuah pasar raya di Kulai pada harga RM21.85. 

Sumber: Sinar Harian
loading...

0 Response to "Hati-Hati, Beras Plastik Sudah Mula Masuk Di Pasaran Malaysia!"

Post a Comment