Letih Bekerja Ketika Puasa? 5 Cara Ini Boleh Membuatkan Anda Lebih Bersemangat!

Kongsikan di

Berkerja sepanjang bulan Ramadan akan membuatkan anda rasa letih dan lesu ketika di pejabat.

Walaupun ketika bulan puasa kita dibernarkan untuk pulang lebih awal daripada biasa, belum tentu boleh membuatkan anda bersemangat sewaktu bekerja.

Ikuti tips ini agar anda tetap bersemangat untuk bekerja walaupun sedang berpuasa.

1. Manfaatkan waktu rehat

Ketika Ramadan, waktu rehat digunakan sebaik mungkin untul menunaikan solat. Anda boleh memanfaatkan waktu rehat tersebut untuk merehatkan badan sebentar. Lelapkan mata selama satu jam mampu memulihkan kembali tenaga anda.

2. Minum banyak air

Sebahagian tubuh kita terdiri daripada air. Ketika sahur, paksa diri anda untuk minum air yang banyak. Air akan membuatkan anda terhindar dari kekeringan dan keletihan akibat daripada kerja-kerja yang anda lakukan.

3. Perbincangan yang tidak penting

Ketika berpuasa, elakkan perbincangan yang tidak penting dengan orang-orang sekitar anda. Ia dapat menyimpan tenaga di dalam tubuh. Jika anda ingin bercakap banyak dengan teman sepejabat, gunakan kemudahan chatting.

4. Jangan lebih masa

Jika anda bekerja pagi hingga petang, usahakan dengan lebih cepat agar anda tidak habiskan masa di pejabat sahaja. Ketika puasa, anda harus bangun pagi untuk sahur. Kerja lebih masa boleh membuatkan tubuh anda memerlukan lebih banyak tenaga.

5. Berbuka puasa bersama

Berbuka bersama dengan rakan-rakan pejabat boleh meningkatkan semangat anda untuk bekerja. Semakin cepat anda menyelesaikan kerja, semakin cepat anda boleh bersiap untuk berbuka puasa bersama.

Sumber: http://hanasuva.com
loading...

0 Response to "Letih Bekerja Ketika Puasa? 5 Cara Ini Boleh Membuatkan Anda Lebih Bersemangat!"

Post a Comment