Kajian : Makan Kulit Telur Mampu Legakan Sakit Tulang

Kongsikan di

Tahukah anda bahawa makan kulit telur mampu melegakan sakit tulang? Ya.

Bahkan dilaporkan kulit telur mempunyai kebaikan pada kesihatan jika dimakan.

Menurut laporan Business Insider, sebanyak 150,000 tan kulit telur dibuang setiap tahun di Amerika Syarikat (AS), sehingga memaksa penyelidik menjalankan kajian untuk mengetahui manfaat kebaikan kulit telur.

Kulit pada sebiji telur mempunyai sekurang-kurangnya dua gram kandungan kalsium.

Untuk makan, cara penyediaannya adalah dengan merebus terlebih dahulu untuk membunuh bakteria berbahaya sebelum ia dibakar di dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit dengan suhu 93 darjah Celcius. Kulit telur yang telah dibakar itu kemudiannya akan dihancurkan menjadi serbuk dan boleh dicampur ke dalam adunan roti, piza atau spageti.

Menurut kajian, kulit telur membantu melegakan kesakitan tulang terutama pada wanita yang menderita akibat osteoporosis.

SUMBER
loading...

0 Response to "Kajian : Makan Kulit Telur Mampu Legakan Sakit Tulang"

Post a Comment