Ini 7 Khasiat Tersembunyi Disebalik Keenakan Buah Mangga

Kongsikan di

Siapa sini suka makan buah mangga?

Boleh dikatakan ramai yang menyukai buah mangga yang enak lemak manis dan penulis sendiri juga tidak ketinggalan. Anda makan tapi anda tahu khasiat yang ada pada keenakannya?

Kalau tak tahu, penulis kongsikan dan kalau dah tahu tambahkan lagi pengetahuan.

Menurunkan kadar kolestrol – Buah mangga sememangnya terkenal dengan vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu membebaskan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat, jadi secara tidak langsung ia mampu mencegah anda dari gejala obesiti.

Membantu pencernaan dalam tubuh – Khasiat mangga yang lain adalah menghilangkan masalah seperti gangguan pencernaan dan berpengaruh dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan.

Mencegah strok – Mangga mengandungi kalium yang berfungsi untuk membantu aturan tekanan jantung dan juga membantu untuk otot berfungsi dengan baik, sekaligus tekanan darah anda akan menjadi stabil, dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung.

Menghaluskan kulit – Buah mangga juga mampu menghaluskan kulit serta menghilangkan jerawat, kerana kandungan vitamin A yang terdapat dalam buah mangga mampu mempercepatkan proses regenerasi dengan membawa sel-sel kulit baru yang segar ke permukaan. Hal ini membantu menjadikan kulit lebih halus dan sihat.

Melegakan panas dalam – Ramai yang tidak tahu khasiat buah mangga sebagai pendingin tubuh. Panas dalam disebabkan beberapa fakor dan kebiasaanya disebabkan oleh sistem pencernaan yang buruk dan faktor-faktor lain. Antaranya kekurangan Vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan tubuh (dehidrasi), memakan makanan yang bersifat panas dan berlemak seperti gorengan, atau bahkan disebabkan cuaca panas. Kandungan Vitamin C yang terdapat dalam buah mangga memiliki kemampuan untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga mampu meredakan penyakit panas dalam dengan lebih cepat.

Mengubati anemia – Kekurangan zat besi dalam tubuh seseorang akan menyebabkan tekanan darah rendah. Bagi anda yang mengalami penyakit anemia, buah mangga merupakan penyelesaian kerana buah ini mengandungi zat besi yang sangat baik bagi penghidap anemia.

Menghilangkan rasa mual ketika hamil – Sekiranya anda berasa mual ketika hamil, buah mangga yang kuning ranum lemak masam manis dapat menghilangkan rasa loya dan mual di tekak. Apatah lagi buah mangga mengandungi banyak vitamin A, karoten, folate, zat besi dan vitamin C yang baik untuk perkembangan janin.

Dah jelas? Jom sama-sama kita amalkan makan buah mangga.

SUMBER
loading...

0 Response to "Ini 7 Khasiat Tersembunyi Disebalik Keenakan Buah Mangga"

Post a Comment