Fadhilat dan Panduan Mengerjakan Solat Sunat Awwabin

Kongsikan di


Solat sunat Awwabin adalah solat sunat yang dikerjakan di antara waktu Maghrib dengan Isyak. Solat ini boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga tiga (3) kali solat. ( Enam rakaat dengan tiga
salam)

Kelebihan Solat Sunat Awwabin adalah bertujuan memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa. Perkataan‘Awwabin’ sendiri berasal dari Bahasa Arab yang bererti (orang yang sering bertaubat). Ia juga dikenali sebagai Solat Sunat ‘Hifzul Iman’ (memelihara iman) maka adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hifzul Iman. Harus dipesankan di sini Solat Sunat Awwabin ini hendaklah dilakukan tanpa ada ‘bercakap-cakap’ selepas fardhu Maghrib.

1. Lafaz Niat solat


 
                          “Aku solat sunat Awwabin dua rakaat kerana Allah Taala”

2. Bacaan dalam solat

i. (Solat Pertama)
Membaca  al-Fatihah diikuti surah al-Ikhlas enam (6) kali, surah al-Falaq sekali, dan surah
an-Nas sekali pada rakaat yang pertama dan kedua kemudian disudahi dengan salam.

ii. (Solat Kedua) Membaca al-Fatihah diikuti surah yang dikehendaki pada rakaat yang pertama dan kedua
kemudian disudahi dengan salam.

iii. (Solat Ketiga)al-Ikhlas sekali sesudah al-Fatihah pada rakaat kedua kemudian disudahi dengan salam.
loading...

0 Response to "Fadhilat dan Panduan Mengerjakan Solat Sunat Awwabin"

Post a Comment