Awas! 14 Makanan Kandung Banyak Gula Lebih Daripada Yang Disangka

Kongsikan di

Terlalu menjaga pemakanan? Bagus!

Jika anda boleh menahan nafsu dari mengambil gula dan garam berlebihan, malah hanya memakan makanan yang bersumberkan serat, kaya mineral, kalsium dan bijirin. WOW! Itu satu perjuangan yang membanggakan.

Namun, kadang-kala anda telah terlepas pandang. Sebab, ada sebahagaian produk makanan yang anda anggap ‘sihat’ itu mengandungi gula lebih banyak dari sangkaan anda… Ha, takut tak? Masa ni lah baru anda akan terfikir, “Laaaaa, patutlah tak kurus-kurus walau berdiet”.

Nak tahu apa 14 makanan tu?

#1 Yogurt

Orang yang berdiet selalu amalkan makan yogurt. Kita semua jelas, yogurt diperbuat daripada susu, kemudian diramu pula dengan hirisan buah-buahan. Memang nampak sihat kan? Tapi sekurang-kurangnya terdapat 26 gram gula dalam setiap hidangan yogurt lemak rendah yang dibeli di kedai-kedai atau pasaraya, jelas doktor perubatan Jennifer Jackson.

#2 Oat Segera

Ish? Biar betul ni? Orang asyik kata oat bagus untuk diet, oat sihat bla…bla…bla… but it turns out to contain lots of sugar? YA.

Jadi cara terbaik adalah, berhenti ambil oat yang dibeli dalam paket-paket segera yang mengandungi perisa, gula dll itu. Mula bancuh sendiri bijian oat penuh anda setiap hari sebelum tidur. Rendam bijirin oat asli tanpa perisa dengan satu cawan susu, simpan ia di dalam peti sejuk.

Keesokan paginya ketika anda mahu sarapan, panaskan dengan ketuhar gelombang mikro. Tambahkan juga hirisan buah serta kekacang jika mahu. Manis semula jadi dari buah-buahan akan menambah rasa keenakan yang lazat dan pastinya lebih sihat dari oat segera :)

#3 Kuah Salad (Salad Dressing)

Makan salad dengan kuah yang dibeli dan tertulis perkataan rendah lemak atau bebas lemak? Mungkin itu adalah alternatif paling baik untuk menjaga berat badan tapi tahukah anda… Andainya sesuatu produk makanan itu tidak berlemak, ianya akan diganti dengan gula? Ha…. Ini apa yang anda tidak tahu selama ni!

Setiap satu paket kuah salad yang dibeli atau dipek sekali bersama bekas salad mengandungi sekurang-kurangnya 12 gram gula iaitu sama dengan 2 sudu besar.

Pek salad anda sendiri di rumah, curahkan minyak zaitun bersama sedikit lada hitam dan garam, itu memadai sebagai kuah salad yang berperisa.

#4 Minuman Sukan/Tenaga/Isotonik

Masih bekerja di malam hari dan anda perlukan tenaga, lalu tangan mencapai minuman tenaga untuk kekalkan prestasi mutu kerja? Eww! Penulis juga pernah minum untuk tahan mata sehingga assignment siap masa zaman Universiti dulu.

Sekurang-kurangnya 1 tin minuman tenaga mengandungi 14 gram gula atau lebih. Minuman ini hanya sesuai untuk mereka yang tidak henti-henti bersenam sukan (workout) selama 60 minit atau berlari selama 90 minit.

#5 Susu Bukan Tenusu (Non-Dairy Milk)

Susu lembu (dairy-milk) sudah memang mempunyai pemanis asal yang dihasilkan laktos. Namun, susu seperti susu soya dalam kotak terutamanya (non-dairy milk) sekurang-kurangnya mempunyai 14 gram gula sebagai pemanis tambahan. No no!

#6 Smoothies Buah-Buahan

Amboi… sedap je minum smoothies buah-buahan. Dengar memang lebih sihat daripada soda. Tapi, kebanyakan smoothies akan ditambah dengan pemanis tambahan. Ini bagi mengekal rasa manis asli buah tersebut biarpun telah ditambah dengan ais hancur, ais krim dll.

Ada tu sampai mengandungi lebih 60 hingga 70 gram gula menurut Harbstreet! Kalau nak beli smoothies di kiosk-kiosk minuman sekitar pusat membeli-belah atau di kedai-kedai tu, periksa dulu kandungan nutrisinya. Cara terbaik, buat sendiri smoothies di rumah :)

#7 Granola

Bijirin Granola memang terkenal sebagai makanan diet. Gabungan antara buah-buahan, beri, kekacang serta bijiran. Tapi kata Harbstreet, “Jangan biarkan perkataan ‘natural’ atau semula jadi itu menipu anda”.

Granola selalunya akan dicampur dengan sirap maple, madu serta sirap gula pekat. Oleh itu kalau gemar makan granola, cuba cari pilihan jenama bijirin granola yang kurang gula atau tinggi dengan kandungan serat (fiber). Serat akan bantu menyerap kandungn gula, karbohidrat serta mengenyangkan juga!

#8 Buah-Buahan Kering

Okay, penulis terus terbayang ceri kering serta prun. Ya, memang pada asalnya buah-buahan mengandungi pemanis asli tapi, apabila telah kering tentu ianya akan ditambah dengan gula kerana rasa pemanis asli telah berkurang semasa proses pengeringan.

Kalau nak tahu, buah-buahan kering sekurang-kurangnya mengandungi gula seperti bar coklat atau gula-gula. Hmm… lebih baik anda makan buah-buahan segar!

#9 Makanan Sejuk Beku

Gaya hidup masyarakat masa kini yang sukakan jalan pintas. Sampai masak pun kalau boleh nak guna barangan segera. Sedap memang sedap tapi jangan tak tahu bahawa sesetengah makanan sejuk beku yang dibeli mengandungi 20 hingga 40 gram gula.

Apabila syarikat pengeluar mengurangkan kuantiti lemak, ia harus diganti dengan ramuan lain iaitu sama ada gula atau garam. Stop it!

#10 Snek Bar Mudah Dibawa

Terbaik, anda makan snek bar yang sudah tentu hanya berasaskan ramuan seperti kekacang dan buah-buahan kering. But…

Masalahnya label ‘bernutrisi’, ‘bijirin penuh’, ‘fiber’, ‘vitamin’ dan ‘mineral’ yang ada pada paket bar telah membutakan anda.

Apa yang anda tidak tahu, snek bar berkenaan mungkin mengandungi 200 gram gula serta lebih 200 hingga 250 kalori setiap satu bar. WOW! Begitu juga dengan bar protein. Hati-hati dalam membuat pemilihan.

#11 Sos Dalam Botol

Dalam sos cili, sos tomato dan sos BBQ terutamanya, kandungan gulanya terlampau banyak!

Percaya atau tidak, 2 sudu besar sos BBQ sebenarnya mengandungi 16 gram gula, sama dengan 3- 4 sudu besar gula. OMG!

#12 Air Kelapa

Sebab itu air kelapa dikatakan dapat menyegarkan tubuh. Kerana ianya kaya dengan sumber elektrolit serta mempunyai kadar potassium tinggi berbanding pisang. Tapi, tak bermakna ianya bebas gula!

Di kedai, terdapat banyak pilihan air kelapa segera yang siap dipek. Hati-hati. Jika informasi nutrisi pada pek 200 liter air kelapa mempunyai lebih 50 kalori, jangan minum kerana kandungan gulanya mungkin telah terlalu banyak!

#13 Bijirin Sarapan

Pada kita bijirin kanak-kanak dianggap paling banyak gula. Tapi anda salah, sebenarnya bijirin untuk orang dewasa juga sama kerana mengandungi gula penuh.

Syarikat pengeluar selalunya akan ‘membutakan’ mata pengguna dengan memutar-belitkan fakta pada cadangan saiz hidangan.

“Adakalanya, tertera pada kotak bijirin bahawa cadangan saiz hidangannya adalah hanya 1/4 cawan sehari”, jelas doktor perubatan Rebecca Lewis dalam sebuah artikel di hellofresh.com.

Hmm… Tapi logikkah kita akan makan hanya 1/4 cawan bijirin setiap pagi? Tak mungkin. Sekurang-kurangnya kita akan makan satu mangkuk penuh dicampur pula dengan susu. Betul tak?

Nah, bermakna pengambilan gula telah diambil secara berlebihan melalui pengambilan satu mangkuk bijirin tadi, jauh berbeza dari saiz hidangan yang dicadangkan pada kotak bijirin tersebut.

#14 Roti

Roti mungkin rasa tawar bagi anda, tapi hati-hati kerana ia mengandungi banyak gula tambahan. Dalam satu buku roti, ia mungkin tinggi dengan kandungan sirap jagung fruktosa kerana itu adalah salah satu bahan utama yang dicampur dalam campuran doh roti buku. Tapi, tidak semua roti tinggi kandungan gula. Perhatikan informasi nutrisi sebelum membeli.

Penulis tahu, ada antara makanan kegemaran anda tersenarai di atas tapi cubalah kawal kalau tak mahu dijangkiti diabetes atau kencing manis okay?

Kadar gula terbaik untuk lelaki adalah 36 gram sehari manakala 24 gram gula sehari bagi wanita.

Pengambilan gula berlebihan akan meningkatkan berat badan, menyebabkan isu metabolik dan melemahkan jantung.

Jaga diri, jaga kesihatan! Selamat beramal.

RUJUKAN -Reader’s Digest
loading...

0 Response to "Awas! 14 Makanan Kandung Banyak Gula Lebih Daripada Yang Disangka"

Post a Comment