Ini Kesan-Kesannya Terhadap Tubuh Badan Sekiranya kita Kerap Meninggalkan Sarapan Pagi

Kongsikan di


Semakin kita tua, semakin kita mula memandang rendah akan sarapan. Mulai alasan dari tidak sempat hinggalah ke diet, ini menjadi sebab utama kenapa ramai orang rela tidak sarapan.
Sarapan itu bukan hanya wajib dilakukan oleh anak-anak. Kita yang sudah dewasa juga tidak perlu melengahkan diri untuk sarapan, kenapa? Ada manfaat sarapan buat kesihatan tubuh badan dan mental anda.

Gemuk
Bersarapan sebab gemuk? Hmm, salah besar! Tanpa sarapan, badan semakin gemuk malah obesiti.
Sebabnya? Orang yang melewatkan sarapan cenderung mudah rasa lapar sepanjang hari. Ini yang membuat mereka makan lebih banyak dan menjadi gemuk.

Lebih bijak
Sarapan meningkatkan kualiti intelektual dan kecerdasan berfikir. Tidak hanya meningkatkan IQ, sarapan juga membantu meningkatkan daya ingatan dan kesihatan mental.

Nutrisi
Penyelidikan juga membuktikan bahawa orang yang sarapan secara rutin setiap hari pengambilan nutrisinya lebih baik daripada yang tidak bersarapan.
Orang yang jarang sarapan umumnya lebih banyak lemak tapi kurang nutrisi berbanding yang setiap hari bersarapan. Nutrisi yang hilang kerana tidak sarapan di antaranya adalah kalsium, potassium dan serat.

Metabolisma
Sarapan juga meningkatkan metabolisma dan membantu proses pembakaran lemak.
Jangan panik apabila ada aktiviti penting seperti interbiu kerja atau mesyuarat, sempatkan diri untuk bersarapan ya! Kerana sarapan yang baik boleh mengurangkan panik dan cemas.

Bertenaga
Menu sarapan yang mengandungi serat dan karbohidrat akan membuat lebih bertenaga sehingga tidak cepat lelah ketika bekerja seharian.

Lebih sihat
Kelebihan lain, akan lebih sihat daripada orang yang jarang sarapan. Kerana sarapan itu penting untuk mengurangkan risiko hipoglisemia, darah rendah, diabetes tahap dua, malah penyakit jantung!

Bahagia
Sarapan boleh membantu meningkatkan mood. Anda bakal lebih bahagia bila bersarapan. Tidak percaya? Cubalah..

Eratkan Silaturahim
Sarapan juga boleh mendekatkan diri dengan keluarga. Jika sangat sibuk, sarapan boleh jadi waktu kualiti bersama keluarga.

Setelah mengetahui 9 manfaat bersarapan di atas, anda yakin tidak mahu bersarapan lagi?

Sumber: Brightside
loading...

0 Response to "Ini Kesan-Kesannya Terhadap Tubuh Badan Sekiranya kita Kerap Meninggalkan Sarapan Pagi"

Post a Comment