Resepi Pencegah Kanser Paling Mujarab Menggunakan Buah Durian Belanda

Kongsikan di


Di Malaysia, buah ini dikenali sebagai Durian Belanda, berbanding di Indonesia ia dikenali sebagai buah Sirsak.Pohonnya rendah, buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis.

Buah durian belanda ini sering dijadikan jus tetapi tahukah anda, buah durian belanda ini mempunyai pelbagai khasiat lain yang bermanfaat!

Khasiat Durian Belanda

Serbuk teh daripada daunnya dipercayai mampu mengubati penyakit sakit tekak berkahak dan kerongkong.

Minyak daripada daun muda durian belanda dipercayai boleh melegakan sakit sendi dan sengal-sengal anggota badan.

Khas untuk ibu yang mempunyai masalah susu badan, jus durian belanda membantu anda meningkatkan pengeluaran susu badan.

Membantu mengurangkan demam panas dan cirit birit.

Digunakan sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada kimoterapi.

Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan.

Mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.

Durian belanda juga boleh mengubati kecing manis, penyakit hati dan jantung.

Selain berfungsi sebagai antikanser, ia juga membantu sebagai antibakteria, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Anda Menggemari Jus Durian Belanda?

Bahan-bahan:

Isi durian belanda
250 gram gula
5 liter air
½ biji limau nipis (boleh jugakan buah lemon)

Cara membuat jus Durian Belanda:

Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan tambahkan baki air tadi.
Perahkan ½ biji limau nipis.
Kacau sehingga sebati dan boleh dihidangkan. Jika anda mahukan rasa yang lebih enak, hidangkan dalam keadaan sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber:wom,my
loading...

0 Response to "Resepi Pencegah Kanser Paling Mujarab Menggunakan Buah Durian Belanda"

Post a Comment