Khasiat Buah Naga Yang Efektif Untuk Kecantikkan dan Awet Muda

Kongsikan di


Khasiat Buah Naga Merah. Ternyata buah yang mempunyai bentuk unik ini sangat berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan tubuh.

Buah naga terbahagi kepada dua jenis iaitu buah naga merah dan buah naga putih.  Memiliki kadar air yang tinggi iaitu sekitar 90 peratus daripada berat buah. Rasanya yang manis, buah naga digunakan sebagai pelepas dahaga kerana dapat mengembalikan kesegaran tubuh.

Berikut khasiat buah naga merah untuk kesihatan dan juga kecantikan wajah yang perlu anda ketahui.

1.Menghilangkan Jerawat

Bagi anda yang memiliki jenis kulit berjerawat dan ingin menghilangkannya, hanya perlu menyapu saja jus buah naga merah ini pada bahagian permukaan  kulit yang berjerawat tersebut. Lakukan perkara tersebut secara teratur untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna. Kandungan vitamin C yang kaya dalam buah ini berguna untuk memutihkan kulit yang ‘terseksa’ kerana masalah jerawat.

2. Menyejukkan Kulit Wajah

Buha naga kaya dnegan antioksidan, mampu menjadi masker kulit untuk melindungi wajah yang terbakar oleh sinaran matahari. Anda cuma perlu menghancurkan isi buah naga merah secukupnya, kemudian sapu di permukaan kulit yang terbakar matahari. Kandungan vitamin B3 di dalamnya elok untuk memulihkan keadaan kulit yang terbakar akibat sinaran matahari.

3. Mencegah Penuaan Semulajadi

Khasiat buah naga merah juga mampu mencegah terjadinya penuaan semulajadi. Ini adalah kerana buah naga merah dapat melembabkan kulit sihingga keduta halus tidak mudah timbul di wajah. Vitamin dan antioksidannya juga berkhasiat memulihkan dari dalam keadaan kecantikan kulit anda. Supaya khasiat buah naga merah ini lebih berkesan, anda disarankan memakannya secara teratur.

4. Bagus Untuk Sistem Penghadaman

Buah naga merah juga baik untuk sistem penghadaman. Makanlah secara teratur untuk menghindarkan anda daripda sembelit.

5. Meningkatkan Daya Ketahanan Tubuh

Buah naga merah mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Bagi anda yang mudah jatuh sakit, khasiat buah naga merah ini jangan anda buat tidak kisah. Mungkin buah naga merah ini dapat membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh anda.

6. Menurunkan Kadar Kolesterol

Buah naga merah ini juga mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam tubuh. Ini adalah kerana buah naga merah mengandungi vitamin B3 yang dapay mengurangi kadar kolesterol sehingga buah ini sangat bagus sekali untuk kesihatan.

7. Mengurangi Lemak

Khasiat buah naga merah juga dikatakan sangat efektif untuk menurunkan kadar glukos darah. Ia mengandungi serat yang tinggi sehingga dapat membantu melancarkan proses penghdaman dalam tubuh serta mengurangi lemak dalam tubuh.

8. Mengurangi Nafsu Makan

Kandungan vitamin B2 dan B1 dalam buah naga merah sangat baik untuk meningkatkan metabolisme dan memulihkan nafsu makan.

9. Menghaluskan Dan Melembabkan Kulit

Buah naga merah kaya dengan vitamin B3 turut bermanfaat untuk melembabkan kulit, selain vitamin B3 yang juga mampu mencerahkan kulit. Caranya, ambil sebiji buah naga merah dan kisar hingga halus. Ambil sari buah naga tersebut dan sapu ke seluruhan permukaan kulit, lehar dan tubuh. Biarkan ia meresap dan mengering. Lakukan seminggu dua kali untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

10. Melindungi Kulit Daripada Sinaran UV

Kandungan ‘phytoene’ dan ‘phyofluence’ yang terdapat dalam buah naga merah mampu melindungi kulit daripada pengaruh buruk sinaran UV. Kandungan ‘phyofluence’ dapat menyerap sinaran UV dan berupaya mempertahankan kulit agar tetap sihat. Lumatkan buah naga, ambil isinya dan tempelkan pada wajah. Biarkan ia kering dan mereseap ke dalam kulit. Bilaslah dengan air bersih . Lakukan pada setiap hari sebelum memulakan aktiviti pada pagi hari, supaya kulit dapat terlindung daripada sinaran UV dengan baik.

Sumber:wom.my
loading...

0 Response to "Khasiat Buah Naga Yang Efektif Untuk Kecantikkan dan Awet Muda"

Post a Comment