Ikhtilat itu Pintu Zina Yang Harus dijauhkan!

Kongsikan di

IKHTILAT

Untukmu muslimah dihormati
Dengarlah pesanan tanda kasih
Buat dirimu permata di celahan kaca
Semoga indah sinarnya
Memancar ke syurga

Subhanallah
Cantiknya muslimah
Berpakaian menurut syariat
Kau menutup segala yang diperintahkanNya
Telah selamat dirimu
Daripada mata-mata lelaki ajnabi
Sayang seribu kali sayang
Ada yang gagal pertahankan
Mencemar imej pakaian muslimah
Dengan berikhtilat

Atas nama cinta islamik
Muslimah berduaan dengan si lelaki ajnabi
Tanpa teman tanpa tujuan
Sekadar…
Melunasi perasaan suka dan sayang

Alangkah kesalnya
Pakaian muslimah yang membaluti diri
Gagal membalut keimanan di dada
Tewas jua dengan liciknya iblis
Di mana letaknya malumu
Duhai hawa yang disayangi…

Berikhtilat itu adalah haram
Berdosa di sisi agama
Janganlah tunduk pada mahumu
Yang bertunjangkan nafsu
Kelak padahnya merugikan maruah dirimu


Muslimah yang disanjungi
Ikhtilat itu pintu zina
Yang harus kau jauhkan
Dirimu…
Jika dihampiri
Boleh membakar marak dirimu
Hilanglah maruah harga dirimu

Pakaian muslimah yang kau sarungkan
Biarlah dengan keimanan
Rasa kehambaan
Ketakutan dan kehinaan
Terhadap Pencipta

Jauhkan ikhtilat… tinggalkan ikhtilat
Peliharakan dirimu
Lindungi kehormatan dirimu
Sayangi agamamu….


Sumber : akuislam.com
loading...

0 Response to "Ikhtilat itu Pintu Zina Yang Harus dijauhkan!"

Post a Comment