Bagaimana Jika Terkena Kencing Lipas?

Kongsikan di

Oleh Ezaura Rafe.

Ketumbit atau orang tua-tua gelarkan kena kencing lipas akan terjadi apabila kawasan persekitaran anda kotor termasuk sekitar mata tidak dijaga dengan bersih. Ia juga boleh disebabkan debu, kotoran, dan kerap gosok mata serta banyak lagi.

Apa yang anda dilarang lakukan apabila terkena ketumbit ni, jangan sesekali cuba picit. Ia boleh membuatkan anda terkena infeksi mata, jika terpaksa menyentuhnya, usahakan untuk membersihkan tangan anda terlebih dahulu.

Ada beberapa cara untuk surutkan, antaranya menggunakan kaedah tradisional selain dari beli ubat mata untuk surutkan mata yang merah tu.

Kunyit Hidup

Kunyit hidup boleh mengatasi banyak penyakit, dan ia bersifat anti-bakteria. Ambil sedikit kunyit hidup, tumbuk sampai lumat kemudian sapu pada bahagian yang ada ketumbit. Ia boleh mengurangkan bengkak.

Teh Uncang

Teh uncang boleh digunakan dengan cara yang sangat mudah, hanya tekap mata dengan teh uncang yang sudah digunakan itu sehingga peradangan tersebut mengecil. Teh mempunyai antioksidan yang cukup baik untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat ketumbit.

Daun Sireh

Daun sireh boleh mengubati pelbagai jenis penyakit mata. Caranya mudah sahaja, sediakan dua helai daun sirih. Kemudian rebuskannya dengan dua gelas air, biarkan sehingga mendidih. Biarkan sejuk seketika, kemudian tapis.

Gunakan air rebusan perahan daun sirih itu untuk membersihkan kawasan mata yang sakit atau ketumbit.

Bawang Putih

Anda hanya perlu, bersihkan mata dengan air suam dan sediakan satu ulas bawang putih. Hancurkan bawang putih, sama ada diparut atau ditumbuk lumat.  Setelah itu, sapukan bawang putih yang sudah lumat itu pada kawasan kelopak mata yang ditumbuhi ketumbit itu.

loading...

0 Response to "Bagaimana Jika Terkena Kencing Lipas?"

Post a Comment