Tolong Jangan Abaikan Jika Anak Anak Anda Ada Tanda Tanda Ini

Kongsikan di

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ni adalah salah satu penyakit jangkitan pada kanak kanak yang berusia bawah 10 tahun. Kebiasaannya bayi atau kanak kanak akan mempunyai lepuhan berisi air yang muncul di tangan, kaki dan mulut.

Dibahagian tekak dan tonsil akan membentuk ulser kecil, manakala kaki, tangan dan kawasan diaper (lampir) akan mengalami sedikit ruam dan lepuhan kecil.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak kanak boleh dijangkiti. Tetapi kebiasaannya kanak kanak di bawah 5 tahun paling mudah dijangkiti.

Bagaimana ia merebak?
Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari.

Tanda dan Gejala
-Demam
-Sakit Tekak
Ulser pada tekak, mulut dan lidah
Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper. Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri2 kemunculannya.
Sakit kepala
Hilang selera makan

Langkah-Langkah Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.

Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.

Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersihkan diri terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.

Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak menggunakan larutan chlorine based.

Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul. 

Jika anak-anak anda ada tanda-tanda diatas, segeralah ke klinik untuk mendapatkan nasihat doktor. 
loading...

0 Response to "Tolong Jangan Abaikan Jika Anak Anak Anda Ada Tanda Tanda Ini"

Post a Comment