MAKANAN SUNNAH YANG PENTING DIMAKAN OLEH IBU HAMIL

Kongsikan di
MAKANAN SUNNAH YANG PENTING DIMAKAN OLEH IBU HAMIL
Kehamilan adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Makanan yang baik dan berkualiti menyumbang kepada pembentukan janin yang sempurna. Makanan sunnah yang penting dimakan oleh ibu hamil ini perlu diketahui. Ini kerana ,makanan yang mempunyai khasiat tertentu akan membantu dalam proses perkembangan janin yang masih berada dalam kandungan ibu. Selain daripada pengambilan supplement yang dibekalkan oleh klinik seperti Folid Acid, Vitamin C, B Complex dan lain-lain lagi, ibu-ibu boleh mengamalkan makanan tambahan lain seperti makanan sunnah yang telah diamalkan sejak berkurun lama.

Makanan sunnah yang penting dimakan oleh ibu hamil.
1.  Buah Delima – Sangat tinggi antioksidan dan merupakan penawar pelbagai jenis penyakit dengan izinNya. Buah delima dapat melindungi otak bayi serta menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik. Ia juga dapat mengurangkan morning sickness bagi ibu trimester pertama.
2. Kismis – Mempunyai pelbagai khasiat seperti membersihkan perut, melancarkan perjalanan darah, menbentuk tulang yang kuat dan mengelakkan sembelit.
3. Buah Kurma – Kurma mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai tannin yang bersifat anti-infection, anti-inflammation dan anti-haemorrhagic (pendarahan). Kandungan potassium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan khusus untuk mencegahbarah payu dara dan rahim.
4. Habbatussauda – Mengandungi Omega 3, 6 dan 9 yang membantu pertumbuhan bayi. Selain itu, kalsium yang terdapat pada habbatussauda ini bagus untuk wanita hamil serta asid lemak tambahan yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi.
5. Saffron/ Za’faran – Khasiat utama ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli. Saffron juga membantu mendapatkan bayi yang comel, cerah, gebu, sihat dan pintar.
6. Madu – Menambah tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung serta mencegah dari penyakit diabetes, asma, batuk dan selsema. Bagi bayi dalam kandungan pula, kandungan zat galian dalam madu mampu membina dan menguatkan janin. Madu juga dapat menghindarkan bayi dari terkena penyakit Hipatitis B.
7.  Minyak Zaitun – Menambahkan minyak zaitun dalam diet bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.
8.  Buah Tin – Buah Tin yang kering membekalkan 6 kali lebih kalori daripada buah tin yang segar. Pengeringan buah tin ini memekatkan nutrisi didalamnya. Dimana menjadikan ia lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian tetapi rendah sodium. Antara khasiatnya adalah seperti dapat menyingkirkan toksin, membersihkan hati dan mengurangkan lendir dalam usus.
9.  Daging Kambing – Mengikut kajian, daging kambing merupakan daging terbaik untuk jantung, obesity, mengurangkan darah tinggi, mencantikan kulit dan mengurangkan tekanan (stress).
10.  Air Zam-Zam – Pelbagai manfaat untuk ibu mengandung jika mengamalkan air zam-zam semasa proses kehamilan. Diantaranya melancarkan peredaran darah, menghilangkan rasa letih dan menguatkan lapisan rahim.
11.  Minyak Kelapa Dara – Kandungan Lauric Acid dalam susu ibu akan bertambah 3 kali ganda jika diamalkan ketika proses kehamilan. MKD berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim serta mengimbangi paras hormone wanita yang sentiasa berubah-ubah.
12.  Buah Kelapa/ Air Kelapa Muda – Sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap sel-sel tubuh dapat membantu memperbaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang mengamalkannya. Air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam system tubuh.
13.  Susu Kambing – Susu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Selain itu, susu kambing dapat menghasilkan kulit bayi yang cantik. Pasti semua ibu mengandung suka melihat bayi yang bersih dan cantik serta bebas dari pelbagai penyakit. Amalan minum susu kambing diawal kehamilan dapat membantu bayi jauh daripada risiko penyakit kulit.
Ini adalah diantara makanan sunnah yang penting dimakan oleh ibu hamil untuk mendapatkan khasiat dan kelebihan bagi ibu dan anak yang bakal dilahirkan.
Sumber : Slim Anggun


loading...

0 Response to "MAKANAN SUNNAH YANG PENTING DIMAKAN OLEH IBU HAMIL"

Post a Comment