Cara Hilangkan Dagu Berlapis Dengan Mudah

Kongsikan di

Double Chin atau dagu berlapis biasanya wujud seiring dengan pertambahan berat badan. Terdapat juga orang yang tak obese tapi mempunyai dagu berlapis. Mesti stress kalau kalau badan slim tapi dagu berlapis, ye tak? Baik cepat-cepat cari cara nak hilangkan dagu berlapis ni.
Kalau baby, dagu berlapis-lapis tu memang cute miut jer, tapi kita ni, kalau dagu dah dua lapis, ya ampunnn!!!

tips buang lemak bawah dagu

Kebiasaanya dagu berlapis berpunca daripada kehadiran subcutaneous fat (lemak bawah kulit) yang mengelilingi ruang bawah kepala di antara  dagu dan leher yang telah terkumpul.
Ada yang percaya, dagu berlapis ni berpunca daripada makanan yang berlebihan, cara tidur, cara duduk dan cara berjalan yang tidak betul.
Dikatakan orang yang suka membongkok, tak jaga makan serta tidur sebaik sahaja selepas makan mudah mendapat dagu berlapis.
Doble chin ni biasanya menjadi petanda yang kita semakin gemuk. Memang tidak selesa. Muka akan jadi semakin bulat, pipi pun nampak lagi tembam. Nak senyum lebar-lebar pun macam tak ikhlas jer. Nanti pipi jadi cam kuih pau terlebih yis…hehehe

Teknik Menghilangkan Dagu Berlapis

Secara amnya, teknik yang diguna pakai adalah sama macam nak mengurangkan % body fat, namun di antara cara yang agak spesifik adalah seperti berikut:-

#1:  Kawal Pengambilan Kalori (Defisit Kalori)

Bagi menurunkan subcutaneous fat, kita perlu memastikan agar subcutaneous fat ni digunakan sebagai sumber tenaga alternatif. Untuk menjadikannya sebagai sumber tenaga alternatif, perlu pastikan yang bekalan tenaga (DCR – Daily Calorie Requirement) kurang dari yang sepatutnya.

#2: Kardio, Bersukan & Bersenam

Apabila badan anda kekurangan sumber tenaga yang sepatutnya (muscle glycogen, liver glycogen, BBA), badan akan menggunakan lemak badan sebagai sumber tenaga alternatif.
Sumber tenaga (lemak) ni, tidak terhad diambil daripada bahagian tertentu badan sahaja, namun boleh jadi daripada tangan, kaki, dada dan bawah dagu.
Lemak perut (bagi lelaki) dan punggung (bagi wanita) adalah di antara 2 bahagian paling akhir (paling sukar dan liat) yang akan digunakan oleh badan untuk dijadikan sumber tenaga alternatif.
Jadi, chance nak buang lemak kat dagu (double chin) lebih cerah kan?

#3: Mengunyah Gula-gula Getah

Gula-gula getah (pilih sugarfree) adalah cara yang paling mudah nak bakar kalori pada wajah. Ini kerana, otot muka perlu dilatih untuk menjadi kuat untuk membakar kalori secar teratur.
Kalau boleh, sebiji gula-gula getah tu, dikunyah berjam-jam sehingga muka menjadi kebas, barulah berhenti.
Tapi jangan salah faham pula ye, ketika mengunyah gula-gula getah, otot muka TIDAK MEMBAKAR LEMAK tetapi hanya membakar kalori. Lemak badan hanya dibakar dengan banyak melalui aktiviti kardio.

#4: Senaman Muka

Berdiri depan cermin dan sebut A-E-I-O-U, dengan gerakan perlahan, cuba cekangkan otot muka, (platysma) ketika menyebutnya. Kemudian selang-selikan masam dan senyum selama beberapa saat.
Ulang ketiga-tiga langkah di atas sebanyak 3-5 kali, setiap pagi, selepas gosok gigi.

5) Cara Bonus

Cara ni sebenarnya AMAT TIDAK DISYORKAN bagi mereka yang tidak biasa walaupun telah telah ternyata sangat berkesan, iaitu mengunyah gula-gula getah sewaktu melakukan aktiviti kardio/bersukan.
Teknik ini telah berjaya bantu mengstimulasikan otot muka untuk membakar lemak ketika berlari, malah meningkatkan stamina berlipat kali ganda.
Ia juga adalah latihan teknik pernafasan paling baik bagi mereka yang telah melakukannya.
Namun sekali lagi diingatkan, jangan buat melainkan kita benar-benar mahir mengawal pernafasan dan lakukan atas risiko tersendiri. Kalau tercekik, jangan salahkan atau saman Myliferia pulak…hehe
Saya hanya berkongsi pengalaman mereka yang telah berjaya menghilangkan dagu berlapis dengan teknik di atas.
Kalau berjaya kuruskan dagu anda dengan semua teknik di atas nanti, jangan lupa share pengalaman tau đź™‚


Sumber : myliferia.com

loading...

3 Responses to "Cara Hilangkan Dagu Berlapis Dengan Mudah"