Bahaya Makanan Jeruk

Kongsikan di




Jeruk ni kalau diikutkan hampir semua golongan yang gemarkan, tak kira lelaki atau perempuan. Tapi biasanya ibu yang mengandung pada trimester pertama selalu menjadikan jeruk sebagai makanan penahan loya.
Namun, tahukah anda bahawa makanan jeruk yang biasanya daripada buah-buahan lebih banyak memberi kemudaratan kepada tubuh badan kita?

Bahaya Makanan Jeruk

Di antara keburukan makanan jeruk ialah:-

1) Zat  Hilang
Vitamin yang sepatutnya ada di dalam buah-buahan jeruk telah terhakis ekoran daripada proses pengawetan atau menjeruk yang berpanjangan.

2) Gula dan Garam Berlebihan
Makanan jeruk selalunya mengandungi gula dan garam yang berlebihan dan boleh mengakibatkan penyakit-penyakit berbahaya kepada kesihatan.

3) Bahan Berbahaya
Sesetengah pengilang menggunakan formalin iaitu bahan pengawet mayat untuk menjeruk makanan atau buah-buahan.
Ada juga yang menggunakan bahan pengawet asid benzoik secara berlebihan.
Selain daripada itu, kebanyakan jeruk yang diawet turut mengandungi bahan pewarna tambahan yang berlebihan.

4) Kesan Terhadap Kesihatan
Bahan formalin ini juga menjadi punca meningkatnya risiko mendapat kanser.
Selain daripada itu, makanan jeruk juga boleh menyebabkan alahan, kecacatan bayi dan kurang daya imun.
Asid di dalam jeruk pula boleh merosakkan hati dan jantung.
Manakala gula dan garam yang berlebihan boleh mengundang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Tips Pengganti Jeruk

Bagi mereka yang ingin membuka selera atau yang ingin mengurangkan loya, boleh menggantikan makanan jeruk dengan yogurt. Yogurt sangat baik kerana mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak yang baik.
Selain itu, rojak buah juga boleh menjadi alternatif terbaik pengganti jeruk kerana kaya dengan vitamin, mineral, serat dan zat-zat lain.
Bagi ibu yang mengalami morning sickness pula, boleh mencuba Peppermint Ginger Plus untuk mengurangkan rasa loya.

Sumber : myliferia.com
loading...

0 Response to "Bahaya Makanan Jeruk"

Post a Comment