Bagaimana Mahu Menjadi Wanita Cantik Menurut Islam

Kongsikan di

Bagaimana Mahu Menjadi Wanita Cantik Menurut Islam

Golongan wanita janganlah bimbang bahawa diri sendiri tidak cantik, bahkan berusaha keras mencantikkan diri dengan pelbagai cara dan kaedah sehingga lari

“Dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.”
Ar Rahman:70

Setiap wanita pasti tak lepas dari keinginan untuk selalu kelihatan cantik. Tetapi sebenarnya kebanyakan wanita masih tidak mengetahui akan makna kecantikan pada pandangan al-Quran dan Islam, jadi bagaimana kecantikan dalam pandangan Islam itu?

1# Wanita Yang Sentiasa Mencintai Allah Dan RasulNya

Wanita itu kelihatan cantik jika dia mencintai Allah SWT dan Rasulnya lebih banyak daripada cintanya terhadap apapun di dunia ini.
Ini kerana sekiranya cintanya pada Allah dan Islam telah kuat dan kukuh pasti wanita tersebut melakukan setiap perkara dalam batasan yang termaktub dalam agama.
Pendek kata, seseorang wanita yang cantik itu tidak akan melakukan hal yang dilarang dan dimurkai oleh Allah SWT.

2# Wanita Yang Teguh Menjaga Maruah Dirinya

Islam sangat mengangkat tinggi martabat wanita yang berpegang teguh serta menjaga maruah dirinya. Ini termasuklah dalam hal menjaga auratnya, pergaulannya serta pertuturannya yang bersesuaian dengan ajaran Islam.
Wanita yang cantik pada pandangan Islam juga sangat malu dengan fitnah yang membuatnya sangat berhati-hati dengan setiap tindakannya.
Jadi mana-mana wanita yang sentiasa menjaga maruahnya sudah tentulah seorang wanita yang sangat cantik pada pandangan agama.

3# Wanita Yang Sentiasa Berzikir

Wanita yang cantik luar dan dalam sudah tentu tidak bercakap kosong, apatah lagi mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai Allah, seperti makian atau kata cercaan.
Oleh itu, wanita yang cantik akan sentiasa membasahkan lidah mereka dengan zikrullah dan istighfar serta puji pujian kepada Allah SWT.
Bukankah bahasa yang cantik itu datangnya dari hati yang cantik dan bersih? Maka, dari situlah kecantikan yang hakiki itu muncul, bukannya dari alat solek yang mahal atau berjenama.

4# Wanita Yang Bersederhana

Wanita yang cantik tidak perlu berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara, termasukah dalam aspek berhias.
Ini bermakna dia akan bersederhana dalam apa jua perbuatannya, seperti pergerakannya, penampilannya serta perilakunya dalam kerja-kerja harian.
Allah dan ajaran Islam tidak menyukai wanita yang melakukan hal-hal melampaui batas.
“Katakanlah, ‘wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.”
Az- Zumar : 53

5# Wanita Yang Sentiasa Dalam Wudhuk

Sudah tentu setiap wanita akan kelihatan cantik apabila wajahnya sering dibasuh dengan air wudhuk, apatah lagi jika lima kali sehari berwudhuk.
Selain membasuhkan kulit wajah yang tercemar dengan debu-debu, wudhuk juga akan menyerikan wajah seseorang dengan berkatnya yang tersendiri.
Dengan itu sudah tentu wanita yang cantik tidak bimbang untuk membasuh muka mereka dengan air wudhuk yang akan memadamkan hiasan di wajah, bahkan senang hati untuk berada dalam keadaan berwudhuk.
Ini juga membezakannya dengan golongan yang tidak pernah berwudhuk, pasti tidak kelihatan ‘nur’ pada wajah mereka.

#6 Wanita Yang Menjaga Kesihatan

Bukan sahaja memiliki penampilan menarik, bersih, dan sopan santun, seseorang wanita itu pasti akan kelihatan lebih cantik apabila dia sihat dan cergas. Ini kerana wanita cantik pasti akan memelihara kesihatan dirinya dari aspek fizikal dan mental.
Sebenarnya, sangat penting untuk wanita itu menjadi sihat dan jauh dari apa-apa jua penyakit demi menjalani tanggungjawab sehariannya, selain kelihatan lebih segar dan bertenaga. Pastinya seorang yang sedang sakit atau kurang sihat itu kelihatan pucat dan tidak bermaya, bukan?
Oleh itu, kecantikan yang dikatakan dalam Islam bukan dilihat pada kecantikan fizikal semata-mata, tetapi kecantikan itu sebenarnya dari dalam iaitu hati dan sikap seorang wanita itu.
Jadi, golongan wanita janganlah bimbang bahawa diri sendiri tidak cantik, bahkan berusaha keras mencantikkan diri dengan pelbagai cara dan kaedah sehingga lari dari batas ajaran Islam.
Kecantikan akhlak dan keindahan hati jualah yang sebaiknya berbanding dengan kecantikan fizikal yang pasti akan pudar walau seiring dengan usia, InsyaAllah.
Sumber : tazkirah.net

loading...

0 Response to "Bagaimana Mahu Menjadi Wanita Cantik Menurut Islam"

Post a Comment