7 Surah Tasbih

Kongsikan di
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Di dalam Al-Quran terdapatnya 7 surah yang dipanggil ‘Surah Tasbih‘. 7 surah tersebut adalah:
 .
1- Al-Isra’,
2-Al-Hadid.
3- Al-Hasyr.
4- As-Saf.
5- Al-Jumat.
6- At-Thaghabun.
7- Al-A’la.
.
Kesemua 7 surah tersebut dimulai dengan ‘Tasbih’ memuji Allah SWT. Secara tidak langsung angka ini berhubung kait dengan lapisan langit dan bumi yang tujuh di mana terdapatnya dan menghuninya seluruh makhluk yang Maha Khaliq.
 .
Firman Allah SWT :
 17:44
“Tujuh lapis langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada padanya sentiasa bertasbih kepada Allah; dan tiada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (Surah: Isra 17; Ayat 44).

.
.

Permulaan Surah Tasbih

Sesiapa yang sering membaca surah-surah ini, InsyaAllah akan dimurahkan rezeki, memperolehi ketenangan dan memahami tujuan dirinya wujud di dunia ini. Mari kita lihat permulaan 7 surah Al-Quran yang bermula dengan ‘Tasbih’  (Pujian kepada Allah SWT) ini:
.
1.  (Surah Al-Isra’ 17; Ayat 1)
 17:1
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Al Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
.
.
2.  (Surah Al-Hadid 57; Ayat 1)
 57:1
Segala yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah); dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
.
.
3.  (Surah Al-Hasyr 59; Ayat 1).
 59:1

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
.
.
4.  (Surah As-Saf 61; Ayat 1).

 61:1

Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
.
.
5.  (Surah Al-Jumaat 62; Ayat 1).
 62:1

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
.
.
6.  (Surah At-Thaghabun 64; Ayat 1)

64:1
  
Sentiasa bertasbih kepada Allah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan hanya Allah lah yang mempunyai semua kerajaan dan bagiNyalah segala pujian; dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
.
.
7.  (Surah Al-A’la 87; Ayat 1).

87:1
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).
.
.
Surah-surah tersebut membuktikan Alam Semesta sentiasa bertasbih dan sujud kepada Allah SWT. Oleh yang demikian yakinlah bahawa segala sumber kekayaan alam ini adalah di tangan Allah SWT.

Janganlah kita berasa bimbang dalam kehidupan kita sekiranya kita meyakini hubungan kita dengan Allah SWT dalam keadaan terbaik kerana sumber alam yang melimpah ruah di sisi Allah SWT adalah untuk hambanya yang Mukmin dan Soleh sahaja.

.
.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
loading...

0 Response to "7 Surah Tasbih"

Post a Comment