Raihlah Keberkatan Doa Pada 12 Waktu Mustajab Ini

الدعاء هو العبــادة
“Doa adalah ibadah.”

Doa umumnya tidak bertempat dan tidak mempunyai ketetapan masa, boleh saja dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Namun lihatlah betapa Islam sangat mementingkan ketelitian dalam setiap perkara sehingga banyak ayat Al-Quran dan hadis berbicara tentang spesifikasi doa; tentang jenis-jenis doa, waktu yang disukai Allah untuk berdoa, tempat yang disukai dan sebagainya.

Bayangkan jika anda mempunyai anak, anda senang jika anak anda rajin belajar, namun anda akan lebih senang jika anak anda mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan.

Atau anda mempunyai kawan baik, anda suka jika dia membelanja anda makan, namun anda lebih suka jika dia membelanja makanan yang anda gemari.

Begitu juga dengan amal ibadah, ada baiknya kita memperelokkan setiap perlakuan kita dan melakukan yang terbaik sesuai kemampuan dan kudrat kita. Disebutkan dalam satu hadis :

Dari Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda;

”Sesungguhnya Allâh Azza wa Jalla berfirman, ’Barangsiapa memusuhi wali-Ku, sungguh Aku mengumumkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada hal-hal yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak henti-hentinya mendekat kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan menjadi kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, Aku pasti memberinya. Dan jika ia meminta perlindungan kepadaku, Aku pasti melindunginya.’”
Kelengkapan hadis ini adalah:

وَمَا تَرَدَّدْتُ عَنْ شَيْءٍ أَنَا فَاعِلُهُ تَرَدُّدِيْ عَنْ نَفْسِ الْمُؤْمِنِ يَكْرَهُ الْمَوْتَ وَأَنَا أَكْرَهُ مَسَاءَتَهُ

Aku tidak pernah ragu-ragu terhadap sesuatu yang Aku kerjakan seperti keraguanku tentang pencabutan nyawa orang mukmin. Ia benci kematian dan Aku tidak suka menyusahkannya.

Riwayat Imam Al-Bukhari

Maka mari kita lihat 12 waktu mustajab doa anda:

#1 – Pada Waktu Perang Sedang Berkecamuk Dan Pada Waktu Azan

“Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk”.

Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa’ 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta’liq Alal Misykat 1/212 No. 672

Barangkali kita tidak merasakan keadaan perang seperti negara-negara saudara Islam kita yang lain sekarang, namun kita boleh mengambil manfaat daripada hadis ini bahawa doa juga boleh dilakukan ketika waktu azan.

#2 – Doa Antara Azan Dan Iqamah

Dari Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;

“Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah”.
Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139

Doa juga tidak akan tertolak antara azan dan iqamah. Azan adalah suatu panggilan, maka seeloknya diamlah sejenak dan jawablah panggilan tersebut dengan bacaan-bacaan yang disarankan.

#3 – Suatu Saat Pada Hari Jumaat

“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidak bertepatan, seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”.

Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuh 3/5-6
Memetik catatan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam laman web nya;

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari (11/203). Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat atau sehingga selesai waktu solat asar bagi orang yang menunggu solat maghrib.

Maka hari Jumaat secara umumnya adalah hari yang penuh dengan barakah dan rahmah.

Keberkatan yang diturunkan meliputi sesiapa saja yang mengambil manfaat darinya. Jika keberkatan itu mampu dilihat pasti kita tidak akan mensia-siakan suatu saat pun pada hari Jumaat.

#4 – Ketika Terbangun Dari Tidur Pada Waktu Malam (Tidurnya Dalam Keadaan Bersuci)

Dari ‘Amr bin ‘Anbasah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;

“Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya”.
Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595

Ketika badan sedang benar-benar selesa di tilam yang empuk, ditambah lagi dengan selimut yang tebal, mungkin agak sukar untuk kita bangun dari tidur. Namun, jika kita telah setkan minda sebelum tidur untuk bangun semula, tidur dalam keadaan bersuci, Insyaa Allah akan dipermudahkan niat kita untuk bangun dan mulakan awal pagi dengan berdoa.

#5 – Saat Sujud Dalam Solat

Dari Ibnu Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;

“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan”.

Riwayat Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’ wa Sujud 2/48
Inilah saat kita merasakan benar-benar dekat dan mempunyai keterikatan yang kuat dengan Allah. Inilah saat kita mampu mendengar denyut dan hela nafas sendiri.

Ambillah peluang dan persembahkanlah keyakinan kita pada Allah ketika meminta dalam sujud. Sesungguhnya Allah itu ‘Al-Sami’ iaitu Yang Maha Mendengar!

#6 – Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda;

“Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya”.

Riwayat Al-Bukhari, kitab Da’awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150
Ini antara waktu mustajab yang paling banyak diketahui oleh orang ramai, namun untuk melakukannya memerlukan disiplin dan kemahuan yang tinggi.

Saat dunia masih lagi tidur, tiada hiruk pikuk bunyi, segalanya gelap, bahkan alam semesta seakan sedang bertafakur memuji kebesaran Allah. Pada waktu ini, marilah kita berusaha untuk menjadikan kediaman-kediaman kita bercahaya dengan solat!

#7 – Setiap Selepas Solat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah S.A.W ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah S.W.T, baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab.

“Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu”.
Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’awaat 13/30. Disahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782

Ada yang memilih untuk tidak berdoa selepas solat, namun untuk melakukannya juga bukanlah suatu kesalahan bahkan disebut dalam hadis ini. Hal ini seumpama kita menyempurnakan doa yang telah dilakukan dalam sujud lalu menutup solat kita dengan doa juga diakhirnya.

#8 – Ketika Hujan Sedang Turun

Dari Sahl bin a’ad R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda.

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”.

Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ No. 3078
Imam An-Nawawi berkata bahawa;

“Penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim.
Fathul Qadir 3/340
Dari Ummul Mukminin, ’Aisyah radhiyallahu ’anha;

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan, ”Allahumma shoyyiban nafi’an” [Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]”.
Riwayat Bukhari no. 1032

#9 – Ketika Lailatul Qadr

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman;

“Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar”.
Surah Al-Qadr:3-5
Imam As-Syaukani berkata bahawa;

“Kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan.
Tuhfatud Dzakirin hal.56

Peluang ini datang hanya setahun sekali. Walaupun begitu, kita boleh melatih diri seawal yang mungkin untuk melaksanakan solat pada waktu malam dan membiasakan diri dengan amalan-amalan sunat yang lain. Persediaan untuk mendapat keistimewaan Ramadan sudah boleh dimulakan dari sekarang!

#10 – Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash R.A bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”.

Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17

Kita mungkin biasa mendengar saranan ini pada bulan puasa. Tazkirah-tazkirah dari TV atau radio kerap memperkatakan tentang doa pada saat berbuka.

Hal ini juga boleh dilakukan di luar bulan Ramadan, ketika berpuasa sunat contohnya. Usahlah mengabaikan waktu yang berkat untuk berdoa ini.

#11 – Ketika Dalam Perjalanan (Musafir)

Dari Abu Hurairah R.A bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tiga orang yang doanya pasti terkabulkan ; doa orang yang teraniaya; doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya”

Sunan Abu Daud, kitab Shalat bab Do’a bi Dhahril Ghaib 2/89. Sunan At-Tirmidzi, kitab Al-Bir bab Doaul Walidain 8/98-99. Musnad Ahmad 2/478. Dihasankan Al-Albani dalam Silsilah Shahihah No. 596

Kita pasti pernah bermusafir. Lebih-lebih lagi atas urusan pekerjaan, kerana ilmu, ataupun kerana urusan peribadi. Perjalanan musafir yang panjang selain ditemani lagu-lagu, boleh juga kita selitkan dengan bacaan doa. Ini peluang yang sangat bermakna jika kita manfaatkan dengan sebetulnya.

#12 – Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah S.A.W mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya) dan baginda mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu baginda memejamkannya kemudian bersabda;

“Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya’. Baginda bersabda :’Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan”.
Riwayat Muslim, kitab Janaiz 3/38

Hadis ini menceritakan peristiwa ketika Rasulullah menziarahi hari kewafatan sahabatnya dan Rasulullah menyarankan untuk berdoa tentang kebaikan.

Maka ketika kita menziarahi sanak saudara atau kenalan yang sedang tenat, doakanlah kebaikan buatnya dan buat umat Islam keseluruhannya kerana malaikat menyaksikan dan mengaminkan.

Sebuah doa yang baik, itulah pemberian terbaik yang mampu mengiringi mereka ke alam sana.

Kesimpulan

Doa adalah suatu hal yang mudah, namun memiliki kesan yang sangat besar. Lihatlah ketika Rasulullah menyuruh Umar Al-Khattab dan Ali Bin Abi Talib supaya meminta doa daripada Uwais al-Qarni apabila berjumpanya kelak kerana doanya yang sangat berkat.

Beliau mengabadikan hidup untuk berbakti kepada ibunya! Maka berdoalah dan perbaikilah amalan kita seiring doa yang kita pinta. Peliharalah doa dengan menjaga dan meneliti waktu-waktu yang disarankan, adab serta amalan diri kita.

Rujukan

Waktu-Waktu Yang Mustajab


http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=436

Sumber: Tazkirah.net

Keajaiban Al-Quran Hingga Meremang Bulu Roma

“Beberapa orang Jepun yang dengar kehebatan al-Quran biasanya akan meremang bulu roma mereka.”

Saya terkejut besar setelah mendengar pengakuan kawan saya, Zulkarnain Hasan Basri, orang Perak yang sudah 20 tahun tinggal di Kobe, Jepun.

Beliau berkahwin dengan orang Jepun dan mendapat status Penduduk Tetap di sana. Antara aktiviti beliau di Jepun adalah membawa dakwah Islam kepada penduduk tempatan.

Dalam banyak situasi, orang Islam kalah dengan “akhlak Islam” yang sudah dimiliki orang Jepun dengan budaya tinggi serta disiplin mereka.

Oleh itu, para pendakwah di Jepun perlu mencari ramuan lain bagi memperkenalkan Islam kepada mereka.

Berdasarkan pengalamannya, Zulkarnain dapati pendekatan paling berkesan dalam dakwah kepada orang Jepun adalah dengan menggunakan al-Quran.

Apabila kehebatan isi kandungan al-Quran dibentangkan kepada orang Jepun yang datang menemuinya di Masjid Kobe, bulu roma sesetengah mereka segera tegak berdiri.

Mengapa hanya dengan mendengar ayat al-Quran bulu roma manusia mampu tegak berdiri?

Fenomena meremang bulu roma biasa berlaku ketika manusia berasa takut atau kagum melampau akan sesuatu.

Banyak kita dengar reaksi manusia yang terbakar semangat dengan remangan bulu roma ketika mendengar pidato luar biasa sesetengah tokoh atau dendangan merdu sesetengah penyanyi. Itu baru suara luar biasa manusia!

Bayangkan apa akan jadi jika yang berbicara itu adalah Tuhan semesta alam Pemilik segala keagungan?

Rupanya fenomena ini adalah tindak balas semulajadi manusia yang tersentuh hati jantungnya dengan isi al-Quran. Ia memang disebut al-Quran ertinya;

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain, yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) “kulit badan orang yang takut kepada tuhan mereka menjadi seram (meremang); kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.” Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya
(Surah al-Zumar 39:23)

Subhanallah! Ayat ini selalu saya baca dan ulas tafsirnya, tapi tidak pernah bertemu secara terus orang yang pernah rasai “remangannya.”

Pertemuan dengan Encik Zulkarnain pada hari Rabu 25 Oktober 2017 lepas telah membuka satu sudut Tafsir praktikal untuk saya dan kita semua.

Inilah bukti kehebatan al-Quran, ia seumpama lautan dalam penuh khazanah berharga dan bermutu tinggi.

Para pembaca, pengkaji dan peminat al-Quran pula seumpama sekumpulan nelayan yang memancing isinya.

Para pemancing memperolehi hasil laut yang berbeza rupa, jenis dan khasiat. Bagi menyempurnakan menu yang datang dengan berbagai zat dan vitamin, para pemancing perlu terbuka dan pandai berkongsi hasil tangkapan.

Dengan cara ini kehebatan dan manfaat isi laut akan benar-benar memberi manfaat buat semua.

Dalam satu sudut lain, kisah remangan bulu roma di atas bagi saya menjadi “tombol pintu hidayah” yang mengingatkan kita semua betapa kita ini sebenarnya pernah berjanji untuk bertuhankan Allah.

Apabila telinga atau mata menangkap kalam Tuhan, jiwa segera tersentuh menghasilkan tindak balas pada kulit seraya hati jantung berkata! Inilah dia “Tuhan” yang aku cari selama ini. Perhatikan firman Allah ini ertinya;

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak Adam (turun-temurun) daripada (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”
(Surah al-A’raf 7:172)

Ayat ini mengingatkan kita semua bahawa kita sebenarnya pernah mengikat “janji iman” dengan Allah lama dahulu di alam roh sebelum kita tercampak ke dunia ini.

Semoga kisah dari Jepun ini membuka mata hati kita agar sentiasa berdamping dengan al-Quran dan menggali isinya secara “baca, faham dan amal.”

Biar selepas ini kulit dan bulu roma kita segera meremang naik kerana kagum dan takut kepada kehebatan Allah.

Mudah-mudahan ia akan menjadi saksi iman kita kepada Allah di akhirat kelak, Insya-Allah!

Sumber: tazkirah.net

Terjumpa Lelaki Melayu Jual Arak Di KLIA. Tindakan BERANI Dr Maza Buat Ramai SETUJU

Ketika tu Dr Maza dalam perjalanan ke pintu berlepas dan terjumpa lelaki Melayu berwajah baik jual arak di KLIA. Tindakan berani Dr Maza ni buat ramai setuju. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

TERJUMPA LELAKI MELAYU JUAL ARAK

Seminggu lepas ketika saya di KLIA untuk bermusafir ke luar negara, saya ada berbual dengan seorang pemuda yang menjadi juru jual arak di situ. Saya melihat beliau bekerja sebagai cashier di salah sebuah kiosk arak. Beliau seorang pemuda melayu yang beragama Islam.

Saya menghampirinya di tempat jualannya itu. Saya memberikan salam. Beliau melemparkan senyuman dan menjawab salam saya. Beliau kenal saya. Beliau tersenyum seakan malu. Mungkin ada yang melintas kehairanan ‘kenapa Mufti Perlis pergi kiosk arak pulak’. Saya tidak kisah itu semua, ingin berbual dengan anak muda itu yang pada wajahnya terlihat seorang yang baik.

DAKWAH DR MAZA

Saya berkata: “Apa khabar? Nama apa? Orang mana?” Dia jawab semua soalan saya. Saya meneruskan lagi: “Bolehkah saya cakap sesuatu?”. “Silakan Dr”, jawab beliau. Saya berkata: “Sebelum itu boleh saya tahu, apakah saudara terlibat secara langsung dengan urusan jual-beli arak di sini?”. Dia menjawab: “Ya Dr”.

Saya berbicara dengan baik kepadanya dengan berkata: “Saya rasa saudara pun tahu, sebagai seorang muslim kita tidak boleh terlibat dengan jual-beli arak. Ia satu dosa yang besar. Kalau boleh, saya ingin mencadangkan saudara berusaha mendapatkan pekerja lain yang sesuai sebagai seorang muslim. Saya doakan Allah berikan pekerjaan yang lebih baik. Jika kurang gaji sedikit pun tidak mengapa asalkan halal. Saya lihat saudara seorang yang baik”.

CABARAN HIDUP LELAKI ITU

Dia menjawab: “Dr, saya tahu kerja ini tidak betul. Saya memang berusaha untuk mendapatkan kerja lain. Hati saya memang tidak senang buat kerja ini. Saya bekerja untuk membantu keluarga. In sha Allah, saya akan cari kerja lain yang lebih baik”.

Saya lihat beliau, perasaan saya simpati dan sayu. Pada wajahnya ada kehendak ingin mematuhi ajaran agama tetapi dia mungkin berada dalam cabaran kehidupan. Allah lebih mengetahui hakikat dirinya dibandingkan saya.

Saya kata kepadanya: “Saya doakan saudara mendapat pekerjaan yang baik nanti. Semoga Allah akan ganti yang lebih baik”. Saya tersenyum dan bersalam dengan beliau.

Suatu hakikat yang wajar kita fahami bahawa setiap hamba Tuhan itu mempunyai cabaran kehidupan yang tersendiri. Kadang-kala kita mungkin menganggap mudah kerana kita tidak berada di tempatnya.

SAMPAIKAN DAKWAH DENGAN HIKMAH

Mungkin hari ini dia demikian, besok keadaan berubah jauh lebih baik dari kita. Tugasan orang yang menyampaikan ilmu dan berdakwah ialah memberitahu dosa dan pahala yang dinyatakan oleh Allah dan RasulNYA.

Bukan tugasan kita menentukan siapa ke neraka dan siapa pula ke syurga. Penentuan siapakah ke neraka dan ke syurga merupakan hak milik mutlak Tuhan yang tidak boleh kita campuri.

Ini kerana, kita hanya mengetahui yang zahir, itu pun terhad. Sementara Allah maha mengetahui yang zahir dan batin. Kita hanya mengetahui apa yang kita lihat dan dengar, Allah mengetahui segala-galanya.

KISAH PELACUR MASUK SYURGA

Sebab itu ada hadis sahih riwayat al-Bukhari dan selainnya yang menceritakan bagaimana Allah mengampuni pelacur yang memberikan minum kepada anjing yang kehausan. Hanya Allah mengetahui hakikat nilai setiap hambaNYA.

Golongan agama itu sendiri kadang-kala terlupa hakikat ini. Dalam lingkungan kelompok tertentu mungkin cabaran berbeza dibandingkan lingkungan orang lain. Allah memberikan pahala amalan dan pahala menghindari dosa itu dengan kadar cabaran yang dihadapi oleh hamba berkenaan.

Amalan dan usaha yang sedikit pada mata manusia mungkin pahala jauh lebih banyak pahala disebabkan keadaan yang seseorang hadapi.

Juga kita wajib insaf bahawa dalam diri insani boleh terkumpul dua unsur yang berlainan pada satu masa yang sama; kebaikan juga kejahatan. Apabila kita berbicara soal kejahatannya, janganlah sampai kita lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut.

KISAH SAHABAT NABI SAW YANG KANTOI MINUM ARAK

Hal ini pernah Rasulullah s.a.w bantah terhadap perkataan sesetengah sahabat yang melaknat seorang peminum arak dalam kalangan mereka.

Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini:

أَنَّ رَجُلاً عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ اسْمُهُ عَبْدَ اللَّهِ ، وَكَانَ يُلَقَّبُ حِمَارًا ، وَكَانَ يُضْحِكُ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – ، وَكَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – قَدْ جَلَدَهُ فِى الشَّرَابِ ، فَأُتِىَ بِهِ يَوْمًا فَأَمَرَ بِهِ فَجُلِدَ ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ . فَقَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « لاَ تَلْعَنُوهُ ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).

Walaupun minum arak itu satu dosa yang besar, namun dalam masa yang sama Rasulullah s.a.w tidak menafikan unsur cintakan Allah dan Rasul yang wujud dalam diri individu berkaitan.

Bahkan Nabi s.a.w mempertahankan kelebihan yang ada padanya. Kita lebih wajar bersikap demikian. Jangan kerana melihat sesuatu dosa, sekalipun besar, kita menafikan unsur kebaikan lain yang ada pada diri seseorang.

JANGAN SAMPAI NAFI KEBAIKAN ORANG LAIN

Kemudian, jika setiap kita merenung kepada dirinya sendiri secara insaf, kita akan tahu kita juga banyak kesalahan dan dosa. Jika tidak dosa zahir, dosa batin; niat dan jiwa yang buruk seperti hasad, buruk sangka, takabur, riyak dan lain-lain.

Jika tidak dosa pada perbuatan, dosa pada perkataan seperti mengumpat, memfitnah, me’neraka’kan orang dan pelbagai lagi. Dosa-dosa batin dan perkataan ini kadang kala jauh lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa peribadi seperti minum arak dan zina.

Setiap kita wajib berdakwah, nasihat-menasihati, memberitahu tentang dosa dan pahala, membahaskan persoalan ilmiah dan seterusnya. Namun, hakikat kedudukan setiap insan di sisi Allah, hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Kita memberitahu dosa dan pahala. Dosa membawa ke neraka, sementara pahala membawa ke syurga.

Perkara yang salah, kita katakan salah. Perkara yang betul kita katakan betul. Namun, siapakah yang lebih banyak pahalanya dibandingkan dosanya sehingga dia ke syurga, ataupun siapakah yang lebih banyak dosanya dibandingkan pahalanya sehingga dia ke neraka, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

PengadilanNYA maha detil lagi maha adil. DIA juga yang berhak menentukan siapakah yang pulang dengan lautan dosa kepadaNYA tetapi mendapat keampunanNYA.

Sumber : FB Dr Maza

Bacaannya dalam huruf latin:

 “Idz Qaala Yusufu Li Abihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Artinya:

(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.

 Baca Juga : AMALAN SURAT WAQIAH 3 X SEHARI JAMINAN REZEKI LANCAR

Kemudian tambah dengan bacaa ayat dari surat Thaha:

وَأَلْقَيْتُ عَلَيْك مَحَبَّةً مِنِّى وَلِتُصْنَعَ عَيْنِى

“Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii”

Artinya:

“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)

Bacalah ayat-ayat di atas setelah selesai mandi atau wudhu, kemudian sapukan ke muka/wajah anda. Khasiat dan manfaat dari amalan doa pengasihan Nabi Yusuf ini adalah   muka tampak cerah,  di senggani orang ,  di sanjung orang,  tampak wajah indah di pandang  dan muka berseri-seri.
 
Doa Pengasihan Nabi Yusuf  diatas sebenarnya lebih tepat sebagai pengasihan untuk umum, karena siapapun yang memandang wajah kita, dia akan terpesona. Tapi jika mau digunakan untuk target tertentu, silahkan niatkan dalam hati untuk si dia. Tapi ingat, hanya untuk yang serius ya, bukan untuk main-main.

Amalan Doa Pengasihan Nabi Yusuf Paling Ampuh

Amalan Doa Pengasihan Nabi Yusuf Paling Ampuh

Doa Pengasihan Nabi Yusuf- Amalan doa pengasihan ini memang sangat terkenal. Nabi Yusuf yang mampu mempesona banyak wanita kemudian dijadikan simbol laki-laki penuh kharisma dan pesona. Kisah Nabi Yusuf itu diceritakan dalam al-Qur’an surat Yusuf. Mulai dari masa kecil ketika dibuang oleh saudara-saudaranya, hingga akhirnya dia hidup di Istana dan banyak disukai oleh wanita.

Amalan doa pengasihan Nabi Yusuf yang paling ampuh ini mengambil dari ayat al-Qur’an surat Yusuf juga. Inilah ayatnya:


Bacaannya dalam huruf latin:

“Idz Qaala Yusufu Li Abihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Artinya:

(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.

Baca Juga : AMALAN SURAT WAQIAH 3 X SEHARI JAMINAN REZEKI LANCAR

Kemudian tambah dengan bacaa ayat dari surat Thaha:

وَأَلْقَيْتُ عَلَيْك مَحَبَّةً مِنِّى وَلِتُصْنَعَ عَيْنِى

“Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii”

Artinya:

“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)

Bacalah ayat-ayat di atas setelah selesai mandi atau wudhu, kemudian sapukan ke muka/wajah anda. Khasiat dan manfaat dari amalan doa pengasihan Nabi Yusuf ini adalah   muka tampak cerah,  di senggani orang ,  di sanjung orang,  tampak wajah indah di pandang  dan muka berseri-seri.

Doa Pengasihan Nabi Yusuf  diatas sebenarnya lebih tepat sebagai pengasihan untuk umum, karena siapapun yang memandang wajah kita, dia akan terpesona. Tapi jika mau digunakan untuk target tertentu, silahkan niatkan dalam hati untuk si dia. Tapi ingat, hanya untuk yang serius ya, bukan untuk main-main.

“12 tahun mak pergi, jenazah masih elok” – Wanita cerita pengalaman pindah kubur

SEORANG wanita bernama Amina Jasmine menceritakan pengalaman berdepan dengan proses pemindahan kubur arwah ibunya.

Amina berkongsi kisah tersebut menerusi laman Facebook miliknya.

“Alhamdulillah, selesai pemindahan kubur mak. 12 tahun mak pergi menghadap Ilahi. Jenazah mak elok. Masih dalam keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak.

“Bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas di pandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar. Maha suci Allah.

“Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata orang lain. Tak suka mencerca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap cerca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.

“Dan siapa sangka dalam kepadatan tanah perkuburan Bukit Alif. Mak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah. Maha suci Allah.

“Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’. Tentang hidup ini, hati ini, keinsafan ini. Maaf andai perkongsian ini menjadi kalian tidak selesa. Tetap jadikanlah ia sebagai iktibar dan ingatan agar kita terus berusaha membaiki hati dan amal kita. Maaf dari saya insan yang jahil.

“Pemindahan kubur ini kerana tanah perkuburan telah diambil bagi projek pembangunan. Semua jenazah dipindahkan ke tanah perkuburan mengikut kehendak waris. Wallahualam. Cari redha Allah,” tulis Amina.

Status yang dicoretkan Aminah mendapat hampir 17,200 perkongsian pengguna Facebook serta 8,000 komen netizen.

Rata-rata komen yang ditinggalkan memuji kebesaran Allah dan netizen turut mendoakan agar arwah ibu Amina ditempatkan dikalangan orang beriman.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Facebook Amina Jasmine

8 Nasihat Rasulullah S.A.W Buat Anda Yang Bergelar Suami

Kaum adam, khususnya ‘suami’ adalah individu penting dalam sesebuah keluarga. Mereka diibaratkan seperti nakhoda yang mengemudi kapal di lautan serta bertanggungjawab terhadap keselamatan kesemua anak kapal yang berada di bawah seliaannya.

Sudah tentu, sebelum pelayaran dimulakan segala persiapan harus dilakukan dengan terperinci. Keadaan kapal yang bakal memuatkan anak kapal haruslah diperiksa.

Faktor cuaca, suhu sekeliling, tiupan angin, keadaan laut ketika itu juga perlu diteliti bagi memastikan perjalanan bagi mengemudi kapal tersebut tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Peri penting dan besarnya tugas yang digalas oleh nakhoda kapal bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Begitu juga peranan serta tanggungjawab para suami dalam mengemudi bahtera keluarganya.

Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W ada menasihatkan para suami tentang beberapa perkara. Antaranya seperti berikut;

#1 – Tidak Membenci Pasangan Yang Beriman

Dalam melayari alam rumahtangga, sudah pasti ada beberapa perkara yang kadang membangkitkan emosi atau ego antara kedua pasangan, terutama daripada pihak suami.

Masing-masing mahu mempertahankan pandangan sehingga kadang ‘terbenci’ dengan sikap pasangan yang tidak mahu menyokong pandangannya. Justeru, dalam hal ini beringatlah akan sabda Rasulullah S.A.W, Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda;

“Janganlah seorang mukmin membenci wanita yang beriman. Jika dia membenci salah satu perangainya, maka masih ada perangai lain yang menyenangkannya.”

– Hadis Riwayat Muslim

Walaupun ada satu sikap isteri yang kurang disenangi oleh para suami, ingatlah ada sikap lain yang lebih baik padanya. Ini kerana boleh jadi kita membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagi diri kita.

#2 – Menghormati Kaum Wanita

Muawiyah R.A berkata;

“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, ‘Apakah hak isteri terhadap suaminya?’ Rasulullah S.A.W menjawab, ‘Memberi makan jika kamu makan, memberi pakaian jika kamu berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menghina dan tidak pula meninggalkan isteri melainkan dia tetap berada di rumahnya’.”

– Hadis Riwayat Abu Daud

Dalam konteks ‘menghormati’ kaum wanita ini bukanlah bermaksud para suami perlu menjadi ‘hamba’ kepada pasangannya. Tidak sama sekali. Hadis ini merupakan panduan buat para suami supaya tidak mensia-siakan kaum wanita terutama para isteri.

Tahukah kita, Rasulullah S.A.W amat menghormati dan melayani para isterinya dengan cara yang cukup mulia.

#3 – Memaklumkan Kepulangan Kepada Isteri Di Rumah

Anas r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda;

“Janganlah kalian mengetuk pintu isterimu di malam hari.”

Dalam riwayat lain, Rasulullah S.A.W menegaskan larangan tersebut supaya para isteri yang ditinggalkan itu dapat membuat persiapan dengan merapikan dirinya bagi menyambut kepulangan suami masing-masing.

Ada benarnya gesaan seperti ini kerana apabila para isteri tidak dimaklumkan tentang kepulangan suami lebih awal, dibimbangi isteri yang berada di rumah dalam keadaan yang kurang menyenangkan seperti baju berbau busuk, tidak mandi lagi, rumah berselerakan, makanan tidak dimasak dan sebagainya.

Lalu, apabila situasi tersebut berlaku sejurus suami pulang ke rumah, sudah pasti akan mematikan ‘mood’ si suami yang letih dan mahu berisitirehat di rumah. Bahkan, lebih parah apabila keadaan ini akan menimbulkan pula kebencian di hati suami terhadap isteri yang sudah pasti akan memberi kesan terhadap institusi keluarga yang dibina.

#4 -Memberi Nafkah Kepada Keluarga

Rasulullah S.A.W bersabda;

“Sesungguhnya nafkah yang kamu keluarkan kerana mengharap keredaan Allah S.W.T nescaya akan dibalas dengan pahala, termasuk apa yang kamu masukkan ke dalam mulut isterimu.”

– Hadis Riwayat Bukhari

Nafkah keluarga adalah satu kewajipan buat setiap ketua keluarga terutama suami. Namun begitu, haruslah diingat serta diteliti sumber bagi memperolehinya. Ini kerana apa-apa yang diberikan kepada ahli keluarga itu terutama dalam soal pemakanan kelak akan menjadi darah daging dalam tubuh mereka. Jika baik sumbernya, maka baiklah seluruhnya.

#5 – Menjaga Rahsia Suami Isteri

Diriwayatkan dari Abi Sa’id Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda;

“Sesungguhnya manusia paling buruk tempatnya di sisi Allah S.W.T pada hari kiamat adalah suami yang mendatangi isterinya dan isterinya mendatanginya (berhubungan intim) lalu dia sebarkan rahsianya.”

– Hadis Riwayat Muslim

Menerusi hadis ini dapat difahami bahawa yang dimaksudkan dengan sebaran rahsia tersebut adalah hal yang berlaku antara suami isteri di tempat tidur. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci.

Oleh itu, berusahalah untuk memelihara ikatan tersebut daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya, antaranya dengan menceritakan perihal hubungan kelamin kepada rakan, ahli keluarga dan sebagainya.

#6 – Perintahkan Ahli Keluarga Untuk Solat

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Dan, perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan, akibat itu adalah bagi orang yang bertakwa.”

– Surah Taha : 132

Solat yang menjadi tiang atau asas dalam agama juga perlu dititikberatkan. Ini kerana salah satu kelebihan bagi mereka yang memelihara ibadah solat ini adalah ia dapat menghindarkan diri daripada perkara yang keji dan mungkar.

Seterusnya memberi ketenangan kepada seisi rumah. Adapun, jika solat tidak dipelihara, dibimbangi ia akan memberi kesan buruk dalam kehidupan keluarga itu sendiri.

#7 – Tidak Meninggalkan Isteri Terlalu Lama

Aisyah R.A meriwayatkan;

“Apabila Rasulullah S.A.W hendak melakukan perjalanan, Baginda akan mengundi isteri-isterinya dan siapa yang namanya keluar, maka dialah yang akan menemani Baginda S.A.W dalam perjalanan.”

– Hadis Riwayat Tirmizi

Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W juga tidak akan meninggalkan isterinya sekalipun ketika berjihad. Baginda akan melakukan undian dan memastikan salah seorang daripada mereka akan ikut serta.

Ini kerana meninggalkan isteri dalam tempoh masa yang lama dibimbangi akan melunturkan rasa kasih seterusnya menjadikan sesebuah perhubungan itu rapuh dan mudah ditiup angin. Akibatnya, perceraian juga akan mudah berlaku.

#8 – Tidak Membawa Perkara Yang Bertentangan Masuk Ke Dalam Rumah

Abu Talhah meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda;

“Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar (patung atau lukisan.”

– Muttafaqun Alaih

Bagi mewujudkan rumahtangga yang harmoni, hal ini juga haruslah dititikberatkan. Sebagai ketua keluarga, para suami hendaklah memastikan tiada perkara yang bertentangan dengan syariat Islam ada di dalam rumah masing-masing.

Gantikanlah hal tersebut dengan perkara yang lebih berfaedah untuk seisi keluarga seperti solat berjemaah atau bacaan Al-Quran.

Diharapkan perkongsian ini akan dapat memberi panduan kepada umat Islam terutamanya para suami yang mengemudi bahtera rumahtangga masing-masing.

Galakan serta saranan Baginda S.A.W ini tidak lain adalah bagi memandu kehidupan manusia agar tidak tersasar dari jalan-Nya. Moga bermanfaat untuk semua. Wallahua’lam.

Sumber: Tazkirah.net

5 Amalan Ini Punca Keberkatan Rezeki Tak Pernah Putus

Belum sampai hujung bulan poket dah kering. Rezeki bagai tak lekat. Stress giler dibuatnya. Kadang tak tahu di mana silapnya sampai duit gaji tidak pernah cukup. Dah puas berjimat, dah belanja ikut bajet tapi ada je tak kena.

Jangan kata nak menyimpan nak bayar bil pun kadang-kadang ramai yang sangkut. Sebelum kita menyalahkan sesiapa dan terus merungut, apa kata kita audit diri. Mesti ada silap kita sehingga rezeki tidak lekat.

Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah.

Bayar Hutang

Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita.

Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang.

Bagi Duit Pada Mak Ayah

Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki.
Buat baik dengan mak ayah, jangan derhaka dan jangan kedekut dengan mereka. Amalkan tip ini mesti rezeki tidak putus kerana mendapat keberkatan.

Sedekah Punca Rezeki Berkat

Satu lagi cara untuk Allah luaskan rezeki apabila kita memberi sedekah. Kita meringankan beban orang dalam kesusahan. Maka Allah akan gandakan rezeki kita dan Allah beri kita kesenangan.

Jangan berkira nak bagi sedekah, boleh bagi pada sesiapa sahaja yang kita mahu. Tapi ingat bagi sedekah kena ikhlas bukannya menunjuk-nunjuk.

Buat Baik Pada Binatang

Binatang pun ada perasaan, jangan kita dera mereka. Tapi layan binatang dengan kasih sayang. Kalau ada kucing lapar, bagi kucing makan. Jika ada binatang yang cedera, bawa ke klinik untuk dirawat.

Jangan zalim dengan binatang, mereka juga makhluk Allah. Apabila kita baik dengan binatang, binatang akan mendoakan kesejahteraan kita. Rezeki kita akan bertambah, yakinlah dengan janji Allah.

Solat Dhuha

Dalam Islam sudah diajar, salah satu amalan untuk murahkan rezeki adalah melakukan solat Dhuha. Buat secara konsisten, yakin dengan Allah. Insya-Allah kita akan sentiasa diberi rahmat daripada Allah.

Buat 2 rakaat atau 4 rakaat, ikut kemampuan kita. Tak rugi pun luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari meminta Allah melimpahkan nikmatnya pada kita.

Penulis : Intan Rohaizat Zakariya

Petua Mengalihkan Posisi Bayi Songsang Yang Anda Boleh Amalkan

Ia mungkin akan mengecewakan sekiranya anda tahu bahawa bayi anda menghadap arah yang salah ketika dalam kandungan. Tetapi, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa dan ia tidak semestinya menjalani pembedahan Caesarean kelak.

Apakah itu kelahiran songsang?

Kelahiran songsang adalah apabila punggung atau kaki bayi anda keluar melalui bukaan rahim anda bertentangan dengan kebiasaan di mana ia sepatutnya didahului dengan kepala. Terdapat beberapa jenis posisi songsang :

• Jelas – punggung di bawah dan kaki terbengkok / tertletak di hadapan muka.
• Penuh – bayi anda duduk bersila.
• Ringan – satu atau dua lutut / kaki bayi anda berada pada kedudukan paling dekat dengan bukaan rahim.

Memusingkan bayi anda

Sekiranya awal-awal lagi anda telah mendapati bahawa bayi anda berkedudukan songsang, anda mungkin boleh mengembalikan bayi anda kepada kedudukan normal. Pakar obstetrik akan cuba untuk memusingkan posisi bayi anda supaya kepalanya berada di bahagian bawah pada minggu ke 37-40. Proses ini digelar external cephalic version (ECV), dan ia melibatkan teknik-teknik menekan abdomen oleh pakar obstetrik anda. Teknik ini biasanya berkesan dalam dua pertiga kes, walau bagaimanapun ia kurang berjaya dalam kelahiran pertama.

Perkara untuk dicuba di rumah

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh cuba lakukan di rumah:

1. Luangkan banyak masa dalam posisi merangkak. Dengan melakukan aktiviti ini, graviti akan menarik kepala bayi ke bawah. Bacalah majalah atau suratkhabar dalam posisi merangkak setiap hari.

2. Gerakan lembut ke hadapan. Pergerakan ini dapat melebarkan bukaan pelvik dan membantu bayi anda berpusing.

3. Papan pengalas seterika. Berbaring di atas papan atau papan pengalas seterika yang diletakkan pada sudut 45 darjah, kepala di bahagian bawah dan lutut dibengkokkan selama 15 minit. Lakukan tiga kali sehari. Graviti akan menggalakkan pergerakan bayi anda terhadap bahagian atas uterus dan berpusing ke bawah.

4. Panas dan sejuk. Letakkan pek ais pada bahagian atas uterus anda dan letakkan pula pek yang berisi air suam di bahagian bawah. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

5. Menyanyi dan bercakap. Rakamkan suara anda menyanyi dan bercakap kepada bayi anda. Mainkan ia berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi anda untuk bergerak mendekati suara anda.

Sekiranya anda telah mencuba kesemua teknik di atas dan masih tidak berhasil membetulkan posisi bayi anda, kemungkinan besar anda akan ditawarkan untuk melahirkan bayi anda melalui pembedahan Caesarean.

5 Makanan Yang Dapat Menyingkirkan Uban Secara Semulajadi


Helai-helai rambut putih atau uban akan muncul bila usia kita semakin tua. Namun, ada juga uban yang tumbuh lebih awal pada usia yang masih muda.

Uban yang muncul pada usia muda ini boleh jadi petanda bahawa anda kekurangan nutrisi atau kerana faktor genetik.

Mewarnakan uban dengan inai atau pewarna menjadi salah satu cara untuk melindungi masalah rambut ini namun melakukannya terus menerus sudah tentu memenatkan dan kurang baik untuk kesihatan rambut.

Tapi ada lagi satu cara mengatasi masalah uban ini iaitu dengan meningkatkan nutrisi tubuh. Berikut adalah jenis makanan yang mampu memberi khasiat pada rambut dan mengelakkan timbulnya uban pada usia muda.

Menerusi Vanillakismis.my, kami kongsikan kepada anda 5 jenis makanan yang boleh menyingkirkan uban secara semulajadi.

1. Sayuran hijau

Pengambilan sayur berwarna hijau pekat untuk mendapatkan khasiat vitamin B adalah penting. Kulit kepala memerlukan vitamin B-6 dan B-12 untuk menghasilkan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen serta nutrisi.

Warna rambut juga berkaitan dengan hormon dan vitamin B-2 memainkan peranan penting dalam penghasilan hormon.

2. Coklat

Unsur dalam coklat diperlukan untuk menghasilkan melanin, sumber warna rambut. Selain itu anda boleh memperoleh zat yang sama dalam kacang dal atau cendawan.

3. Salmon

Ikan salmon ini memang baik untuk kesihatan termasuk rambut. Unsur selenium dalam salmon membantu menghasilkan hormon yang penting bagi rambut. Proses ini juga membantu mineral memerangi radikal bebas yang mengakibatkan kemunculan uban.

4. Buah beri

Buah-buahan jenis beri, terutama strawberi mampu meningkatkan penyerapan vitamin C yang membantu penghasilkan kolagen selain memerangi radikal bebas.

5. Almond

Anda juga makan kacang almond sebagai kudapan mendapat khasiat vitamin E. Di samping itu almond juga bermanfaat menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah.

Semua makanan ini bukan saja baik untuk rambut malah berkhasiat untuk kesihatan tubuh juga, jadi tak rugi jika mengamalkannya.

Ini Nafkah yang Sepatutnya Suami bagi Setiap Bulan, Kalau Isteri tak Halalkan , Suami Berdosa Besar !!

TURUTAN NAFKAH SUAMI

Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).

Turutan nafkah adalah seperti berikut;

  1. Diri sendiri
  2. Isteri
  3. Anak
  4. Bapa
  5. Ibu
  6. Cucu
  7. Datuk
  8. Saudara
  9. Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).

Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

  1. Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
  2. Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan
Kredit: @keluargasihat.com
Sumber: Sahabat Mahkamah Syariah