Video Ustaz Azhar Idrus | Jangan Syak & Ragu Tentang Rezeki Kita

Kongsikan di
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hari ini saya ingin kongsikan  sebuah video ustaz Azhar Idrus tentang rezeki.


Video ini sangat bagus ditonton supaya kita faham dan yakin hakikat rezeki.


Sedikit ringkasan tentang isi kandungan video ada disediakan. Untuk lebih faham, anda tonton sendiri video di bawah ini.
Video Ustaz Azhar Idrus Jangan Syak & Ragu Tentang Rezeki Kita
Video Ustaz Azhar Idrus Jangan Syak & Ragu Tentang Rezeki Kita

Video Ustaz Azhar Idrus Jangan Syak & Ragu Tentang Rezeki Kita


Kenapa kita tidak boleh syak dan ragu tentang rezeki?


Jawapannya, apabila roh dimasukkan ke dalam janin yang berada dalam rahim ibu maka Allah SWT memerintahkan agar ditulis rezeki setiap orang itu.


Sebab itulah, orang yang beriman Jangan Syak & Ragu Tentang Rezeki Kita.


Sami yang berada dalam kuil pun tidak mati walaupun menyembah berhala atau batu.


Kita yang beriman kepada Allah SWT, tidak akan Allah SWT biarkan kita kelaparan.


Jadi, jangan bimbang!


Kalau kita tidak ada kerja hari ini. Nanti Allah SWT berikan kerja lain.


Jangan fikir pelik-pelik. Kalau dibuang kerja pun, tetap makan nasi.


Orang yang dalam penjara pun ada makan.


Jangan takut untuk ada anak yang ramai kerana setiap anak sudah siap ditulis akan rezeki mereka.


Jangan takut untuk berkahwin kerana tidak cukup makan. Setiap orang sudah ditulis akan rezekinya.


Orang asli dalam hutan pun sudah ada rezekinya.


Keluar dari hutan setahun sekali sahaja, tapi isteri ada 3 orang walaupun tidak ada ic, kad kradit, astro dan sebagainya.


Peringata ! Kalau kita tidak mahu kawin kerana rezeki takut boleh jadi syirik.


Oleh itu, jangan bimbang. Di mana sahaja, rezeki sudah ada untuk kita.


Kita kena faham. Kalau bukan rezeki kita walaupun duit sudah ada dalam poket pun boleh keluar.


loading...

0 Response to "Video Ustaz Azhar Idrus | Jangan Syak & Ragu Tentang Rezeki Kita"

Post a Comment