Hukum Wanita Memandang Lelaki Bukan Muhrim

Kongsikan di

SOALAN :
Apakah hukum sekiranya seorang wanita memandang lelaki yang bukan muhrim?
JAWAPAN :
Dinasihatkan kepada wanita supaya tidak memandang lelaki yang bukan muhrim. Keadaan yang paling baik adalah lelaki tidak memandang wanita dan wanita tidak memandang lelaki, tidak kiralah dalam apa-apa jua keadaan sekalipun. Hal ini adalah kerana kadangkala, wanita menonton filem atau melihat gambar lelaki yang muda dan tampan, nafsu mereka mula bangkit kerana wanita amat mudah terpengaruh. Oleh itu, menjauhi perkara-perkara yang boleh mengakibatkan munculnya godaan dan maksiat adalah digalakkan. 
Walau bagaimanapun, hukum wanita memandang lelaki ketika bertunang adalah diharuskan.
Rujukan : 
Wanita Dalam Islam - Kemusykilan & Panduan 
Diterbitkan oleh :Illusion Network
No. 40A, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, Tadisma Business Park, 
40100 Shah Alam, Selangor.
loading...

0 Response to "Hukum Wanita Memandang Lelaki Bukan Muhrim"

Post a Comment