Doa Menghadapi Bencana Banjir Dan Mohon Agar Dialihkan Hujan

Kongsikan di
Hujan itu adalah suatu rahmat. Namun, apabila ia turun terlalu lebat dan banyak atau turun terus menerus sehingga mengakibatkan banjir besar, maka sudah tentu ianya suatu bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan daripada Allah سبحانه وتعالى.
.
Jika yang terjadi adalah hujan yang begitu lebat atau hujan yang tidak kunjung henti di tempat kita, maka kita boleh meminta pada Allah سبحانه وتعالى untuk mengalihkan hujan tersebut ke tempat yang lebih manfaat dengan mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.
aL-Laa-hum-ma ha-waa-lay-naa wa laa ‘a-lay-naa. aL-Laa-hum-ma ‘a-lal aa-kaa-mi wal- ji-baa-li, wazh zhi-roo-bi, wa bu-thu-nil Aw-di-ya-ti, wa ma-naa-bi-tisy-sya-jar.
.
Jika sesuatu kesukaran itu datang, maka doalah kepada Allah سبحانه وتعالى agar ia dipermudahkan atau disegerakan berakhir.
 Doa Mengelak Dan Menghadapi Musibah Banjir 1
.
Boleh juga dibaca doa-doa lain yang berkaitan hujan dengan klik di sini atau di sini.
.
Doa-doa di atas wajar kita semua baca dan mungkin dugaan banjir besar tahun ini dapat kita atasi segera. Kita juga sewajarnya mengadakan Solat Hajat dan bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى secara berterusan untuk mendoakan supaya banjir yang melanda 7 negeri di Malaysia dan beberapa tempat lain seperti di Aceh, Bandung, Selatan Thailand dan Sri Langka surut serta reda dengan segera.
.
Solat Hajat dan munajat yang diadakan itu juga seharusnya turut mendoakan untuk memudahkan urusan menyelamatkan kesemua mangsa dan untuk mendoakan keselamatan diri dan harta benda, kesihatan yang baik, keteguhan iman dan diberikan kekuatan kepada mereka yang terbabit untuk menghadapi ujian dalam musim tengkujuh ini. Semoga usaha dan doa kita ini akan diterima Allah سبحانه وتعالى.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.
.
loading...

0 Response to "Doa Menghadapi Bencana Banjir Dan Mohon Agar Dialihkan Hujan"

Post a Comment