Cara Mudah Dikabulkan Doa

Kongsikan di

Ahli sufi dan ulama terkenal, Abu Ishak Ibrahim al-Hurawi pernah berpesan, jika seseorang ingin doanya mudah diterima oleh Allah SWT supaya berjanji kepada diri sendiri untuk melaksanakan lima perkara berikut:
.
  1. Mengawal makan dengan memakan sekadar perlu sahaja.
  2. Memakai pakaian yang perlu sahaja dan tidak berlebihan.
  3. Mengawal tidur, dengan tidak tidur secara berlebihan.
  4. Mengawal percakapan dengan perkara yang baik-baik sahaja.
  5. Selalu merendah diri, menjaga dan memelihara hawa nafsu, pancaindera dan anggota badan daripada terjerumus kepada perbuatan dosa.
.
.

Golongan Mustajab Doa

Allah Maha Pemurah lagi Adil. Ada golongan manusia yang doanya mudah dikabulkan. Keistimewaan ini diberi oleh Allah dengan sebab-sebab tertentu kepada golongan manusia tertentu juga. Termasuk dalam golongan ini ialah mereka yang sentiasa menghampirkan diri kepada Allah (bertakarub).
Baginda SAW ada bersabda: “Dan apabila hamba-Ku sentiasa mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan-amalan sunat sehinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku menyintainya, jadilah Aku pendengarnya dan matanya yang digunakan untuk melihat dan tangannya yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu dan kakinya digunakan untuk berjalan. Dan sesungguhnya jika dia meminta kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan permohonannya dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku, nescaya aku lindungi akan dia.”
.
Antara golongan lain yang mustajab doanya dan diterima Allah ialah:
  1. Orang sakit.
  2. Raja yang adil.
  3. Orang yang dizalimi.
  4. Orang-orang soleh dan solehah.
  5. Doa ibu bapa untuk anak-anaknya.
  6. Anak yang taat kepada ibu bapanya.
  7. Orang-orang yang berbuka puasa.
  8. Orang yang berakhlak mahmudah seperti ikhlas dan jujur.
loading...

0 Response to "Cara Mudah Dikabulkan Doa"

Post a Comment