Amalan Ucapan Doa Syukur Dan Terima Kasih

Kongsikan di
Islam mengajar manusia adab menjaga hubungan dengan Allah سبحانه وتعالى, begitu juga hubungan sesama manusia. Perkataan dan perbuatan yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ, pasti membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Termasuklah amalan mengucapkan syukur dan terima kasih.

‘Terima kasih’ adalah satu ucapan ringkas namun semakin kurang kedengaran dalam amalan seharian kita. Sesetengah anggota masyarakat masa kini ada yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Hari ini ada orang yang bersikap tidak mahu berterima kasih atas alasan sememangnya apa yang dilaksanakan itu adalah suatu tanggungjawab mereka, jadi tidak perlulah berterima kasih. Ada pula orang yang bongkak dan sombong yang mengatakan, bersyukur hanya kepada Allah sudahlah.
Rasulullah ﷺ  pernah memberi peringatan mengenai perkara ini melalui sabdanya: “Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak bersyukur (berterima kasih) kepada Allah.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
 .

1)  Ucapan Terima Kasih Terbaik

.
Ucapan terima kasih yang baik adalah seperti berikut:
.
ucapan doa terima kasih terbaik SQ
.
Sekurang-kurangnya ucapkanlah “ja-zaa-ku-muL-Lah khai-ran” (baris pertama ayat di atas) kerana terdapat satu hadis yang menjelaskan sunnahnya;
Daripada  Usamah bin Zaid radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah ﷺ  bersabda:

من صُنِعَ إليه مَعْرُوفٌ فقال لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ الله خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ في الثَّنَاءِ

“Sesiapa yang diberikan kepadanya satu perbuatan kebaikan lalu dia membalasnya dengan mengatakan ‘Jazaakallahu Khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasaa’i)
 .
.

2)  Doa Kepada Pemberi Bantuan

.
Di samping itu, ringankanlah lisan mendoakan mereka yang sudi menghulurkan bantuan;
 ucapan Doa kepada orang yang memberi bantuan
.
Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda kita ingin menghargai seseorang atas kebaikan yang dilakukan terhadap diri kita dan orang lain. Jika kita sentiasa menghargai setiap pemberian dan bantuan orang dengan ucapan terima kasih, maka orang lain juga akan lebih menyenangi dan selesa dengan kita di samping akan menyuburkan sifat kasih sayang seterusnya mengukuhkan hubungan silaturahim.
Jika sebaliknya yang berlaku, maka mungkin orang tersebut akan terasa hati dengan diri kita dan berkemungkinan ada yang akan menganggap kita seorang yang tidak menghargai pemberian, pertolongan dan bantuan yang telah diberikan atau lebih parah sebagai orang yang tidak tahu mengenang budi.
.
Sebagai seorang manusia yang beriman kepada ajaran Islam, maka sepatutnya kita mempunyai ciri-ciri insan yang soleh dan sifat-sifat mahmudah dalam menelusuri kehidupan serba mencabar masa kini. Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah سبحانه وتعالى memang menjadi kewajipan kita dan perlu juga kita berterima kasih kepada manusia yang membantu kita sekalipun bantuan itu sudah menjadi tanggungjawab mereka.
Kita dianjurkan oleh agama untuk berterima kasih kepada mereka yang telah Allah سبحانه وتعالى tentukan untuk membantu dan menolong kita. Berterima kasih sesama manusia adalah tanda syukur kita pada Allah سبحانه وتعالى.
Rasulullah ﷺ  bersabda:

لا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لا يَشْكُرُ النَّاسَ

“Tidak bersyukur (berterima kasih) kepada Allah orang yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada manusia.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi, Imam Bukhari)
 .
Amalan mengucapkan syukur dan terima kasih atau ucapan seumpama ini bukan saja mengukuhkan hubungan sesama insan, tetapi ia dikira sebagai suatu ibadah dan amal kebaikan yang memberatkan timbangan Mizan di akhirat kelak. Amalan mudah seperti inilah yang patut dikejar oleh setiap orang yang beriman terutama kepada mereka yang ditimpa musibah.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah سبحانه وتعالى Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.
loading...

0 Response to "Amalan Ucapan Doa Syukur Dan Terima Kasih"

Post a Comment