HARAM Membaca Al-Quran dengan Muzik Dan Menggunakan HADITH, Terjemahan AL - QURAN dan HADITH sebagai lirik lagu

Kongsikan di
Hukum Mengiringi Bacaan Al-Quran Dengan Muzik Dan Menggunakan Matan Hadith,Terjemahan Al-Quran Serta Terjemahan Hadith Sebagai Lirik Lagu

 Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.

 Hukum mengiringi bacaan Al-Quran dan matan hadith dengan muzik serta menjadikan ayat-ayat Al-Quran dan matan hadith sebagai lirik lagu adalah diharamkan.

Terjemahan Al-Quran dan matan hadith harus dijadikan sebagai lirik lagu dengan syarat mematuhi adab-adab yang selaras dengan syarak.
  
(Sumber: MUFTI SELANGOR)
loading...

0 Response to "HARAM Membaca Al-Quran dengan Muzik Dan Menggunakan HADITH, Terjemahan AL - QURAN dan HADITH sebagai lirik lagu"

Post a Comment