Benar Atau Tidak? Mandi Malam Bahaya Untuk Kesihatan

Kongsikan di


Menurut hasil kajian doktor-doktor perubatan, amalan mandi malam selain dapat membersihkan badan dari kotoran sebelum kita tidur, ia juga membantu menghilangkan stress ataupun tekanan.
Rutin mandi setiap hari sebenarnya berperanan bukan sahaja untuk membersihkan diri tetapi juga untuk mempertingkatkan sistem imun badan dan mengelak terkena jangkitan penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

Malah tiada bukti yang boleh dikaitkan dengan amalan mandi malam dengan kebanyakan penyakit kronik yang dihidapi manusia. Sebaliknya kebanyakkan penyakit kronik berpunca dari kegagalan sistem dalam badan yang disebabkan oleh cara pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.
Malah kajian juga menunjukkan amalan mandi malam memberi kesan yang positif kepada kesihatan, antaranya:

Dapat Menenangkan Fikiran Dan Menghilangkan Stres
Kebiasaannya bila kita mandi di awal pagi, kita akan berada dalam situasi ‘ingin cepat’. Biasalah sebab masing-masing ingin ke tempat kerja. Sebaliknya bila kita mandi di waktu malam, ketika itu kita lebih tenang. Ketenangan yang dirasai akan membantu menghilangkan emosi yang negatif dalam diri kita.

Membantu Meregangkan Dan Melegakan Otot
Setelah penat bekerja seharian, otot pasti akan berasa tegang. Bila kita mandi malam, ia dapat membantu untuk megendurkan otot-otot dan membuatkan tubuh terasa lebih ringan. Malah mandi dengan air suam boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus untuk berfungsi dengan baik

Mengatasi Masalah Gejala Insomnia
Amalan mandi malam juga dapat memberi ketenangan kepada tubuh. Ia akan membuatkan badan berasa lebih segar dan memudahkan kita untuk tidur. Malah badan yang bersih akan menggalakkan rasa mengantuk dan membolehkan kita tidur dengan lena.
Inilah sedikit perkongsian tentang  


(Sumber: Nota Info)
loading...

0 Response to "Benar Atau Tidak? Mandi Malam Bahaya Untuk Kesihatan"

Post a Comment