≡ Menu

20 Ganjaran Besar Dengan Hanya Berselawat! Bukannya Susah Pun Nak Dapat Pahala.


“Apa kelebihan selawat ni? Buat penat mulut aku je…”

Selawat ni ada banyak kelebihan sebenarnya, antaranya:-

1) Diampunkan dosa-dosanya

Sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Selawat kamu atasku itu menghapuskan dan menghilangkan dosa kamu seperti air memadamkan api.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dari Zaid bin Rafi’ Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa membaca selawat 100X untukku tiap-tiap hari Jumaat, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya biarpun dosanya itu sebanyak buih di laut.”

Sabda Rasulullah SAW ertinya: 

“Siapa yang berselawat ke atasku pada tiap-tiap hari Jumaat 40X, dihapuskan oleh Allah SWT akan segala dosanya.”

Sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Membaca selawat untuk Nabi itu lebih boleh menghapuskan dosa-dosa daripada air dingin terhadap api dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak(hamba).

2) Diterima amalan yang paling utama

Sabda Rasulullah SAW ertinya:

Sesungguhnya orang yang paling utama di hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawat kepadaku”

3) Didoakan oleh malaikat

Sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Barangsiapa membaca selawat untukku kerana mengagungkan aku, maka Allah SWT mencipta dari selawat itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap iaitu satu sayap di timur, satu sayap dibarat, sedang dua kakinya di bawah bumi ke tujuh dan lehernya sampai ke Arasy dan Allah berfirman kepada Malaikat itu: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku ini, sebagaimana dia telah membaca selawat Nabi-Ku Muhammad SAW, maka Malaikat itu pun membaca selawat (memohon kesejahteraan) untuknya (orang yang berselawat) sampai hari kiamat.”

4) Tidak dapat lihat pahala jika tidak berselawat

Dari Said, Sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Tiada satu kaum (kumpulan) duduk dalam satu majlis yang mereka itu tidak membaca selawat untuk Nabi SAW, kecuali akan mendapat kerugian, meskipun mereka masuk syurga namun mereka tidak akan dapat melihat pahala mereka.”

5) Terselamat dari kejutan hari kiamat

Sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Barangsiapa yang membaca selawat untukku sepuluh kali di waktu pagi dan sepuluh kali di waktu petang, maka Allah mengamankannya dari kejutan yang maha besar pada hari kiamat dan adalah dia bersama-sama dengan para nabi dan pada siddiqin di dalam syurga.”

BACA:  Mempelajari Agama Hanya Pada Buku, FB, Blog dan Youtube. Cukup Ke?

6) Bersama Rasulullah di syurga

Dari Anas r.a., sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Barangsiapa cinta kepada sunnahku maka sesungguhnya dia cinta kepadaku, dan barangsiapa cinta kepadaku maka dia bersamaku di dalam syurga.”

Sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Barangsiapa cinta kepada sesuatu, maka dia banyak menyebut-nyebutnya.”

Dari Ibnu Abbas, sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Barangsiapa berpegang pada sunnahku pada masa rosaknya umatku, maka baginya pahala 100 orang mati syahid.”

7) Ikan berselawat

Sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Malaikat Jibril telah berkata kepadaku: “Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan sebuah laut di balik Gunung Qaf dan dilaut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untuk kamu, maka barangsiapa yang mengambil seekor ikan dari laut itu, maka lumpuhlah kedua tangannya dan ikannya pun akan menjadi batu.”

8) Dapat syafaat Rasulullah

Sabda Rasulullah SAW ertinya: 

“Barangsiapa yang membaca selawat yang ertinya : “Ya Allah! Limpahkanlah selawat untuk Nabi Muhammad dan tempatkanlah dia pada tempat yang dekat di sisi Engkau (pada hari kiamat): maka pasti syafaatku di hari kiamat.”

9) Mendapat cahaya

Sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Barangsiapa membaca selawat untukku 100X pada hari Jumaat, maka pada hari kiamat datang ia bersamanya suatu cahaya, sekiranya cahaya itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk, nescaya mencukupi mereka.”

10) Sembahyang diterima

Sabda Rasulullah SAW ertinya: 

“Tiada sembahyang bagi orang yang tidak membaca selawat untukku.”

Sabda Rasulullah SAW ertinya: 

“Barangsiapa mengerjakan sembahyang dengan sungguh-sungguh tetapi tidak membaca selawat di dalam sembahyang itu untukku dan untuk keluargaku, maka sembahyangnya tidak diterima.”

11) Terlepas dari sifat munafik

Sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Siapa membaca selawat untukku sekali, maka Allah Taala memberikan kepadanya 10 selawat. Barangsiapa membaca selawat untukku sepuluh kali, maka Allah memberi seratus kali selawat kepadanya dan barangsiapa membaca selawat untukku seratus kali, maka Allah mencatat pada dua matanya dua kebebasan: Bebas dari sifat munafik dan bebas dari neraka, bahkan di hari kiamat Allah Taala memasukkannya ke dalam syurga bersama-sama dengan mereka yang mati syahid.”

12) Tidak terpisah sehingga diampunkan dosa

Sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Tiadalah dua orang Islam berjumpa kemudian berjabat tangan serta membaca selawat untukku, melainkan sesungguhnya keduanya tidak akan berpisah sehingga Allah mengampuni dosa-dosa mereka, bik yang terdahulu mahupun yang kemudian dari sebab kemuliaan Allah Taala.

BACA:  Ayah, Kalau Anak Ada Asma, Berhentilah Merokok. Jauhilah Perokok.

13) Rasulullah SAW tahu siapa yang berselawat

Dari Abu Hurairah dan Amar bin Yasir r.a., sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan satu malaikat dan telah memberinya kemampuan mendengar semua makhluk sedang ia selalu berdiri di atas kuburku sampai hari kiamat: maka tidak seorang dari umatku yang membaca selawat untukku, kecuali dia (malaikat) itu menyebutkan namanya dan nama ayahnya, serta berkata; Hai Muhammad! Sesungguhnya fulan bin fulan membaca selawat untukmu!”

14) Lupa jalan ke syurga jika tidak berselawat

Dari Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Siapa yang lupa membaca untukku maka dia lupa jalannya ke syurga.”

15) Masuk neraka jika tidak berselawat

Sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Siapa yang disebutkan namaku di hadapannya dan dia tidak membaca selawat untukku, maka dia masuk neraka.”

16) Tidak akan fakir

Sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Barangsiapa membaca selawat untukku tiap-tiap hari 500X, maka dia tidak akan fakir.”

17) Menjadi sinar

Dari Anas bin Malik ra, sabda Rasulullah SAW ertinya:

“Hiasilah tempat-tempat pertemuanmu dengan membaca selawat untukku, kerana sesungguhnya selawatmu untukku itu menjadi sinar di hari kiamat.”

18) Dapat ramai isteri

Sabda Rasulullah SAW ertinya: 

“Siapa di antara kamu yang paling banyak selawatnya untukku, maka dia itulah yang paling ramai isterinya (bidadari) di syurga (kelak).”

19) Bercahaya di titian Mustaqim

Dari Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah SAW ertinya: 

“Orang yang membaca selawat untukku baginya cahaya di atas Titian Mustaqim, mereka yang memiliki cahaya, maka dia tidak termasuk penghuni neraka.”+

20)Mendapat apa yang dihajati

Sabda Rasulullah SAW ertinya: 

“Sungguh Allah Taala itu mempunyai para malaikat yang selalu berjalan dimuka bumi serta menyampaikan salam dari umatku, maka apabila ada seorang yang membaca selawat untukku dalam satu hari seratus kali, maka Allah Taala mengkabulkan seratus hajatnya, tujuh puluh dari hajat itu untuk akhirat dan tiga puluh lagi untuk dunia.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel