≡ Menu

2 Sebab Kita Perlu Berhenti Minum Jus Buah-Buahan Di Pasaran Serta Merta


Ramai antara kita yang beranggapan bahawa jus dan smoothie sebagai minuman yang sama kerana berasaskan buah-buahan, namun kajian mendapati smoothie lebih baik untuk kesihatan berbanding jus buah-buahan. Jus buah-buahan tidak memiliki khasiat dan nutrien sepenuhnya, malah hanya kaya dengan gula walaupun dari buah-buahan asli semata-mata.

Seorang penyelidik dari Academy of Nutrition and Dietetics, Chicago, Amerika Syarikat (AS), Robin Foroutan berkata, jus buah biasanya diperah bagi mendapatkan jusnya sahaja. Itu sebabnya kebanyakan jus tidak memiliki pulpa atau isi buah selain mempunyai kadar gula yang jauh lebih tinggi berbanding serat. Hakikatnya, jus buah-buahan sebenarnya tergolong di dalam kategori makanan yang tidak sihat sama seperti makanan ringan dan makanan segera.

Miliki Kandungan Gula Yang Tinggi
Jus buah-buahan sebenarnya memiliki kandungan gula dan kalori yang sangat tinggi, sama dengan minuman berkarbonat bahkan lebih lagi. Sebagai contoh, lihat perbezaan antara 12 auns (350 ml) sejenis minuman berkarbonat dan jus epal di bawah:

BACA:  Lancar Tudung Di Kelab Malam, Neelofa Boleh Didakwa?

Jus Epal: 165 kalori dan 39 gram gula yang bersamaan 9.8 sudu kecil.

Minuman berkarbonat: 140 kalori dan 40 gram gula yang bersamaan 10 sudu kecil.

Tidak Mempunyai Nutrien Yang Mencukupi
Jus buah-buahan mengandungi vitamin, mineral dan antioksida yang mencukupi namun kekurangan serat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Sebagai contoh, jus oren mempunyai vitamin C, vitamin B1, vitamin B9, potasium, dan antioksida yang mampu melancarkan antioksida dalam darah. Namun jus oren turut mengandungi kandungan gula dan kalori yang tinggi jika hendak dibandingkan dengan makanan yang lain seperti sayur-sayuran segar ataupun daging. Jus buah-buahan tidak mempunyai kandungan nutrien yang cukup berbanding makanan yang lain.

BACA:  Lingkaran Gelap Di Bawah Mata Boleh Hilang. Senang Je Rupanya..

Penyakit
Pengambilan jus buah-buahan secara berlebihan akan menyebabkan obesiti. Ini disebabkan oleh jus yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Jus buah-buahan juga menguandungi fruktosa yang hanya boleh dileraikan oleh hati. Namun jika amaun fruktosa ini berlebihan, hati tidak akan mampu untuk meleraikan dan fruktosa yang terkumpul ini akan menjadi lemak. Ini akan menyebabkan terjadinya obesiti. Selain obesiti, pengambilan jus yang berlebihan juga akan mendatangkan pelbagai penyakit lain antaranya diabetes.

Sebaiknya cuba mengambil 8 gelas air setiap hari. Jika anda benar-benar benci minum air kosong, letak sehiris lemon atau limau untuk penambah rasa supaya tiada rasa payau. Yang penting minum air untuk kekal hidrasi!

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel