≡ Menu

10 Sikap Angkuh Orang Yang Baru Masuk Gaji! Ish Ish Ish. Mintak Jauhlah


Kitaran hidup kita sebagai pekerja ni ada pasang surutnya, terutamanya dalam bab-bab kewangan . Inilah masalah paling besar dalam hidup orang makan gaji kan? Cabaran hidup yang kena lalui setiap bulan. Masa tengah-tengah bukan main ‘humble’ untuk jaga duit.

Tapi bila gaji masuk, macam orang tak ingat dunia, lebih-lebih lagi bulan ni gaji jatuh pada hari Jumaat kan? Beraya sakan lah korang.

Bukan main lagi melaram, sampai lupa semua susah payah yang korang lalui masa tengah-tengah bulan tu. Bila gaji dah tinggal seciput, baru lah acah-acah insaf, tanya balik diri apa yang korang dah buat, berdrama bagai, puihh!

Jadi, Maukerja wakil daripada pekerja-pekerja yang ada kat Malaysia ni nak kongsikan perangai-perangai bongkak korang lepas dapat gaji, lebih-lebih lagi budak-budak muda yang baru dapat first job ni. Rileks la , kami pun kadang-kadang macam tu. Huhuhu!

1. Lunch Mesti Kena Kedai Hipster

Eh, tak main lah kedai-kedai warung ni. Makan mesti kena sedap, bila lagi lah nak merasa makan tempat-tempat macam ni, ye dak? Masa ni lah feeling-feeling nak snap gambar masuk Instagram, Facebook semua. Acah-acah buat food review. Bawak bekal? Naaah! I’m rich! Tapi lepas 15 haribulan hari-hari masak.

2. Okay Seminggu RM 50 Je! Promise!

Puiihh! Azam bulan baru bukan main tinggi lagi, konon masa tengah tak ada duit menyesal membazir duit, konon bertekad lepas dapat gaji nak berjimatlah, tak nak ulangi perangai bulan lepas. Nak mula lifestyle baru konon, biar berjimat. Tapi alih-alih bila semak akaun gaji dah masuk, poof! Hilang azam bulan baru tu.

BACA:  Aurat Dalam Islam - Jabatan Agama Islam Selangor

Masa tu teringin macam-macam, bila dah ter overspend “hmm alah terlebih 400 je, tak apa minggu depan jimat lagi” ye lah tengah banyak duit kan?

3. IG Story Ala-Ala Urban Life Giteww

Ceeh! Lepas 3 minggu tak hapdet IG, tiba-tiba bergambar short vacay bagai, karaokea dengan ‘bae’ lah, ‘coffee sesh wih them gurls’ bagai, padahal sebelum ni minum elok je minum ais kosong kat mamak sorang-sorang. Nak pula update kan?

5.Shopping! Shopping! Shopping! Forget About Price Tag! ..Muahahhaa!

Chewaah! Faham yang korang nak self reward, tapi berpada-pada lah. Alasan tak ada baju pergi kerja, walhal ada je baju yang kornag tak pakai langsung kan? Lepastu beria-ia tak nak ambil barang yang sale punya, apatah stok clearance. Main capai je, tak tengok harga. Opps! Lupa! Self reward kan? #husnuzon

6. Oh Lipstick Tinggal 48 Batang Je, Kena Tambah Lagi 2 Ni

Puiih! Alasan! Padahal barang masih elok lagi, beli barang atas ikut kehendak je tu. Tipulah tak cukup 48 batang tu, bibir kau ada berapa ha!

7. Masa Ni Lah Tekak Mengidam Macam-Macam

Haa, bagi yang single tu, elok je sebelum ni balik kerja makan roti kosong 2 banjir dengan milo ais dekat mamak, dapat gaji mengidam nak itu lah, ini lah. Siap nak ber ‘dessert’ kau. Tak mampu lah, ohh lupa stress kerja kan #husnuzon

BACA:  Isteri, Jangan Sesekali Beri Suami Pakai Skinny Jeans..Ini Sebabnya!

8. Jammed Tak Semegah Mana, Terus Book Grab/Uber Walaupun Tempat Sekangkang Kera

Ini ada kena mengena dengan no, 1 tadi, konon plan nak makan sedap lepastu masa ni lah kaki sakit lah, penat lah, padahal sebelum ni nak menapak ke warung pacak sampai 2 km pun tak kisah. Dapat gaji terus jadi pemalas nak ke kedai Hipster tu, padahal jalan kaki 5 minit dah sampai.

9. Sanggup Habis Hampir RM 100 Untuk Makan Nasi Goreng, Semata-Mata OOTD

Haaa, pantang kawan ajak lepak kedai Fancy. korang lah orang pertama yang ‘On’. Masa ni lah nak feeling bergaya bagai kan, semata-mata nak kejar likers dekat IG tu. Konon terperuk kat rumah masa weekend rasa tak produktif, alasan semua tu! padahal banyak lagi aktiviti lain yang korang boleh buat.

10. Ooops! Terbeli!

Tak sedar yang duit tu dah makin sikit, lepas tu acah-acah nak ‘windows shopping’ fikir duit yang sikit tu masih ada baki korang pun terbeli. Masa tu lah nak tayang kat IG story, acah-acah buat boomerang konon terbeli kasut, baju bagai. Hmmm, tahu sangat dah perangi-perangai macam ni. Hahahaha! Apa pun, bila lagi nak ada baju baru kan? *tangan kat bahu

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel