≡ Menu

10 Khasiat Peria Katak


Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd dan Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia ini ditanam sebagai tanaman makanan. Nama saintifiknya ialah Momordica charantia dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae.

Peria Katak mempunyai pelbagai khasiat dan baik untuk kesihatan. Antaranya;

1. Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.

2. Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.

3. Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

4. Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.

BACA:  Kalau Air Kencing Berbuih, Anda Berkemungkinan Dijangkiti Sakit Buah Pinggang Kronik!

5. Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.

6. Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.

7. Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.

8. Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,

BACA:  Mudahnya Merawat Rabun Dengan Menggunakan Bahan-Bahan Ini. Boleh Cuba

8. Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.

9. Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.

10. Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.

Sumber: khasiatpokokherba.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel